KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Wany Hasrita selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, di sini, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Wany, 30, yang popular menerusi lagu Menahan Rindu dalam kenyataannya memberitahu, dia rasa bersyukur kerana majlis pernikahan yang dianjurkan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
“Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya,” katanya.
BACA: Wany Hasrita tamatkan zaman bujang
Berkongsi mengenai Adib, 30, yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.
“Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.
“Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara,” tambah Wany lagi.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu berkata, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Tambah Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada 2018, dia dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.
Ditanya mengenai penerimaan suami terhadap kerjaya dan status dirinya yang mana selebriti terkenal tanah air, Wany berkata Adib sangat memahami.
“Macam dikatakan, dia bukan jenis ‘kaki media sosial’. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan,” katanya.
Pada majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.
Faris Danial Razi
Fri Jul 22 2022
Penyanyi popular Wany Hasrita, 30, selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, di Glam Hall, Damansara Perdana. - Foto ihsan WSVS.co
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Jamal Abdillah tarik diri AJL38
Syarikat rakaman FMC Music mengesahkan penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menarik diri daripada bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
'Cantiknya nama anak solehah ni' - Wany Hasrita kongsi nama puteri sulung hari ketujuh kelahiran
Wany turut memuat naik sekeping gambar keluarga bersama suami dan cahaya mata sulung mereka ketika pulang dari hospital.
Wany Hasrita timang anak perempuan
Penyanyi Wani Hasrita selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada hari Sabtu, 7.14 petang secara normal.
Wany Hasrita nafi dakwaan rimas diasak soalan mengenai cahaya mata
Penyanyi Wany Hasrita mengakui tidak rimas walau kerap kali diajukan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata.
Wany Hasrita, Mohd Al-Adib selamat diijab kabul
Penyanyi popular Wany Hasrita selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, di Glam Hall, Damansara Perdana.
Wany Hasrita tamatkan zaman bujang
Penyanyi, Wany Hasrita pada Jumaat akhirnya membuat pendedahan bahawa dia akan memulakan rumah tangga secara sah.
"Akhirnya.. tumpas jua" - Wany Hasrita positif COVID-19, sambut Aidiladha dalam kuarantin
Menurut Wany ini kali pertama dia dijangkiti virus berkenaan setelah bertahan kekal negatif selama beberapa tahun.
Kahwin dalam masa terdekat? Ini jawapan Wany Hasrita...
Penyanyi Wany Hasrita masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun ini. Menurut penyanyi lagu Terlalu Memuja itu, dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya terlebih dahulu.
'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris
Alhamdulillah akhirnya dah berbaik
Wany Hasrita jawab desas-desus kahwin tahun ini
Wany Hasrita belum sedia kongsi jejaka mana yang sedang dikenalinya ketika ini.