KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Dalam kenyataan pada Khamis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia itu memaklumkan resolusi itu antara lain menuntut gencatan senjata dan akses bagi bantuan kemanusiaan.
Selain itu, WAO menyeru sokongan secara aktif bagi menamatkan pencerobohan ke atas negara Palestin sekali gus menangani punca utama penderitaan mereka.
"Kita perlu memastikan bahawa suara wanita Palestin didengari, hak mereka dipertahankan dan penderitaan mereka ditangani," menurut kenyataan itu.
Menurut WAO hak asasi manusia yang merupakan asas bagi semua orang termasuk pelarian wanita dan kanak-kanak serta individu yang diusir dari tanah air mereka, mesti dilindungi dan dipertahankan.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lepas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 36,242 rakyat Palestin dan 81,777 orang cedera.
Menurut WAO dengan ketiadaan tempat untuk melarikan diri daripada pengeboman dan keganasan tanpa henti, lebih daripada 10,000 wanita termasuk 6,000 ibu terbunuh seterusnya menyebabkan 19,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu.
Pada 5 Mac lepas, data Wanita PBB menunjukkan lebih separuh (51 peratus) wanita yang disurvei didapati mengalami masalah perubatan yang memerlukan perhatian segera tetapi 62 peratus daripada mereka tidak mampu untuk mendapatkan rawatan diperlukan.
Sementara itu, lebih 60 peratus wanita hamil di Gaza dilaporkan mengalami komplikasi termasuk 95 peratus melibatkan jangkitan saluran kencing, anemia (80 peratus), kelahiran pramatang (30 peratus) dan hipertensi (50 peratus)
"Ibu yang menyusukan bayi berdepan cabaran besar dalam penyusuan dan memenuhi keperluan nutrisi bayi mereka," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
data Wanita PBB menunjukkan 51 peratus wanita yang disurvei didapati mengalami masalah perubatan yang memerlukan perhatian segera. - Foto REUTERS
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Kajian Women's Aid Organisation: 46.3 peratus sokong kesamarataan gender
53.3 peratus percaya yang keganasan domestik adalah reaksi normal kepada tekanan dan kekecewaan.
Segerakan pindaan Akta 605 untuk atasi masalah gangguan seksual di IPTA - Maszlee
Pindaan akan memelihara keselamatan warga kampus dan meningkatkan integriti serta tahap profesionalisme warga akademia.
Tangani isu rumah perlindungan tidak ikut piawaian - Shazana
WAO dan Engender Consultancy mahu rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga mematuhi amalan dan piawaian terbaik seperti di dalam Piawaian Rumah Perlindungan Keganasan Rumah Tangga.
WAO mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk meluluskan Rang Undang-Undang Anti-Menghendap
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mengalu-alukan pengumuman kerajaan bahawa kertas kerja kabinet menjenayahkan tindakan menghendap kini sedang dalam perancangan.
Bagaimana Liga Perdana Inggeris musim ini patut berakhir?
Bagaimana Syed Adney dan Keshika Subbarao mahu Liga Perdana Inggeris musim 2019/20 berakhir?
PKP: Sokongan emosi berdepan ketidaktentuan, ini senarai talian psikososial
Astro AWANI senaraikan talian psikososial secara dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan sokongan khidmat psikososial.
'Kesedaran pentingnya amalan penyusuan ibu meningkat tetapi...' - Hannah Yeoh
Peningkatan sebanyak 45.5 peratus dalam tempoh satu dekad tersebut adalah susulan kesedaran tentang kepentingan memberikan susu ibu sahaja kepada bayi untuk tempoh enam bulan pertama.
Intai, hendap perlu diklasifikasi sebagai jenayah - Pakar
Pakar undang-undang mengalu-alukan syor NGO supaya menjadikan perbuatan mengintip dan menghendap sebagai kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan.
Jadikan 'stalking' jenayah di Malaysia - WAO
Sudah tiba masanya kita berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dunia yang telah memperluas takrifan intip dan hendap sebagai suatu jenayah.