Cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya warden sekolah dilantik daripada kalangan bukan guru perlu diperhalusi, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya terbuka dan akan meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk melakukan perbincangan dengan kesatuan itu.
"Mungkin mereka mempunyai beberapa cadangan ke arah tersebut," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) 2019 di Institut Aminuddin Baki, kampus Enstek, di sini.
Pada Selasa, Presiden NUTP Aminuddin Awang mendakwa masih terdapat guru 'dipaksa rela' menjadi warden sekolah berasrama penuh oleh pengetua.
Beliau berkata ia menambah bebanan tugas hakiki seorang guru dan turut menyarankan kerajaan agar diwujudkan warden bukan kalangan guru.
BACA: Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian
Mengenai persidangan itu, Maszlee berkata ia adalah selari dengan visi kementerian dalam memastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan baik selain para guru gembira gembira mengajar di sekolah.
"Sehubungan itu, saya bergantung sepenuhnya kepada sokongan PPD yang jadi antara agen perubahan yang kita harapkan. Kita juga yakin melalui program yang dianjurkan ini, para PPD akan mendapat input yang baik dan yang mereka perlukan dalam usaha mereka melakukan perubahan dalam pendidikan kita.
"Kita harap PPD memainkan peranan mereka sebagai pembimbing juga sebagai satu keluarga kepada guru besar dan guru-guru yang ada dalam memastikan perubahan pendidikan yang kita inginkan itu akan berjaya dicapai," katanya.
Persidangan berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Okt membabitkan seramai 330 peserta daripada 145 PPD seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019

Berucap pada perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PPD di Bandar Enstek, malam tadi, Maszlee berkata beliau harap PPD memainkan peranan sebagai pembimbing dalam memastikan perubahan pendidikan berjaya dicapai. --fotoBERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

NUTP gesa wujudkan jawatankuasa khas kaji beban tugas guru
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan segera mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula beban tugas guru.

Pemeriksaan BMI: KPM diharap tangani masalah sebenar obesiti - NUTP
Ia termasuk isu kemiskinan dan pemakanan tidak seimbang yang mungkin menyumbang kepada isu kesihatan itu.

NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman
Presiden NUTP Aminuddin Awang bersama wakil guru NUTP dari seluruh negara hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi membuat laporan polis berkenaan.

PdPR: Guru hilang kawalan?
Aminuddin Awang berkata sebahagian daripada masa ibu bapa perlu menjadi guru kedua bagi membimbing, memberi panduan dan maklumat kepada anak-anak mereka.

Henti tohmahan guru makan gaji buta - NUTP
Masyarakat diminta menghentikan tohmahan kononnya guru kurang bekerja apabila melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Belanjawan 2021 penting untuk kelancaran sistem pendidikan negara
Aminuddin Awang berkata sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan mengganggu kelancaran dan momentum perjalanan sistem pendidikan negara.

Sesi prasekolah tetap diteruskan - Dr Mah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap akan meneruskan sesi prasekolah yang dijadual bermula 1 Julai ini meskipun terdapat gesaan penangguhan berhubung perkara itu.

NUTP cadang sekolah rendah dibuka seawalnya hujung September
Beliau berkata NUTP yakin, guru-guru akan melipatgandakan usaha bagi memastikan ilmu yang diterima sama tarafnya walaupun sekolah ditutup selama tiga bulan.

Warden sepenuh masa: Cadangan NUTP perlu diperhalusi - Maszlee
Pihak kementerian terbuka dan akan meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk melakukan perbincangan dengan kesatuan itu.