Nafsu binatang! Demikian yang boleh digambarkan di atas tindakan seorang warga emas yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes perkosaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Kota Samarahan, di sini hari ini.
Warga emas berusia 70 tahun itu ditahan polis di Matang, Sarawak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, suspek adalah saudara kepada keluarga mangsa yang menumpang di rumah berkenaan beberapa hari lalu.
Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku jam 2.30 pagi Khamis semalam ketika mangsa tidur di dalam bilik.
“Mangsa terbangun daripada tidur apabila lelaki berusia 70 tahun masuk ke dalam bilik tersebut dan merogol mangsa,” katanya.
Tambah Denis, mangsa memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan.
Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rohana Wahed
Fri Jun 22 2018

mangsa memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan. - Gambar hiasan

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Mangsa selamatkan Koperal daripada ditembak perompak
Mangsa yang juga tuan rumah kejadian rompakan di Taman Jelita di sini bagaimanapun hanya cedera ringan pada jarinya, manakala polis yang cuba ditembak perompak terbabit, cedera ditembak di tangan.

Bayi 28 hari maut, dipercayai didera ibu bapa
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan kematian bayi perempuan mereka yang berusia 28 hari.

Suspek utama kes bunuh penjawat awam dicekup
Individu itu merupakan suspek utama kes bunuh seorang penjawat awam yang diburu polis sejak 2 Ogos lalu, yang berjaya dicekup di sebuah rumah panjang di Julau pagi tadi.

Warga emas 70 tahun bernafsu binatang rogol kanak-kanak 11 tahun
Nafsu binatang! Demikian yang boleh digambarkan di atas tindakan seorang warga emas yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes perkosaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Kota Samarahan.

Suspek rogol gadis 13 tahun diberkas
Suspek berusia 19 tahun merupakan kenalan mangsa berasal dari Petra Jaya telah ditahan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching.