SANDAKAN: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan pada 2022.
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu ke atas Bakri Sakka, 70, dan memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini dan tambahan lima bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Bakri didakwa mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendaftarkan kad pengenalan seorang lelaki bukan anak kandungnya dan bukan warganegara.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Wisma Persekutuan Sandakan pada 4.39 petang 20 Sept 2022 mengikut Peraturan 25 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bakri, yang diwakili peguam Mohd Nazri Zikiri, merayu supaya dikenakan hukuman ringan berbentuk denda berikutan faktor usianya.
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa JPN Sabah Mohd Naser Mohd Nadzeri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pencegahan kerana kes itu merupakan isu serius dan sensitif serta melibatkan kedaulatan negara.
"Sekiranya penyamar berjaya memperolehi kad pengenalan tersebut, penyamar akan mendapat segala kemudahan dan kelebihan sebagai warganegara sedangkan penyamar tidak layak," katanya.
Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, seorang pemegang dokumen IMM13 dijatuhi hukuman 12 bulan penjara bermula hari ini dan denda RM7,500 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut, kerana memberi maklumat palsu kepada JPN.
Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo menjatuhkan hukuman itu ke atas Hasanuddin Sande, 38, dan memerintahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen setelah selesai hukuman penjara.
Hasanuddin yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah memberikan maklumat palsu kepada JPN bagi mendaftarkan kad pengenalan sebagai pemohon menggunakan daftar kelahiran bukan kepunyaannya di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Wisma Persekutuan Sandakan pada waktu dan tarikh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Majistret memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini dan tambahan lima bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut. - Gambar hiasan
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan.