BENTONG: Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di bahagian leher selepas terkena parang dilibas perompak dalam kejadian samun di Taman Hijau, Karak di sini pada Khamis.
Dalam kejadian awal pagi itu, cucu lelaki mangsa berusia 18 tahun turut bengkak di bahagian kepala akibat dihentak suspek menggunakan belakang parang.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, isteri mangsa berusia 69 tahun tidak dicederakan namun barang kemasnya berupa rantai leher dan cincin dilarikan suspek.
Menurutnya, kejadian itu dilaporkan kepada polis oleh mangsa sendiri pada jam 7.50 pagi.
"Susulan maklumat diterima sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan siasatan.
"Berdasarkan rakaman percakapan mangsa, suspek terdiri daripada dua lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Zaiham berkata, ketika kejadian dua suspek bersenjatakan parang itu memakai topi keledar bertutup dan menggunakan sebuah motosikal jenis Honda EX-5.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang dijalankan berdasarkan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain video kejadian yang tular di laman sosial.
"Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan waspada serta segera menghubungi pihak polis sekiranya menyedari kehadiran individu atau kenderaan mencurigakan di kawasan perumahan masing-masing," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 08 2022
Kelibat suspek yang berjaya dirakam CCTV kawasan kejadian samun di Taman Hijau,Karak pada Khamis. - Foto Sinar Harian (Gambar kecil: Zaiham)
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.
11 cedera dalam insiden tembakan di New York
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera semalaman dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di daerah Queens di New York City.
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.
Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak penyerang Monaco itu di Stade Louis II.
Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan
Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.
Barcelona terima tamparan berganda
Ujian imbasan mendedahkan pemain berusia 17 tahun itu menderita koyakan ligamen tahap satu di buku lalinya.
Raja Maghribi selamat jalani pembedahan akibat kecederaan bahu
Pembedahan dilakukan di Klinik Istana Diraja di Rabat oleh pasukan perubatan diketuai doktor peribadi baginda, Profesor Belyamani Lahcen.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.