KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 186 liter diesel dan menahan seorang lelaki warga emas menerusi Op Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan, semalam.
Pengarahnya Azman Ismail berkata hasil pemerhatian pihaknya dari 10.30 pagi di sebuah stesen minyak di Kampung Chetok, Pasir Mas, mendapati sebuah lori jenis Mitsubishi sedang mengisi minyak diesel dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut kami menjumpai anggaran 186 liter minyak diesel diisi dalam tangki yang telah diubah suai dan menahan suspek berusia 60 tahun itu yang memandu kenderaan berkenaan.
"Stesen minyak itu turut disiasat berikutan penjualan tersebut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Azman berkata suspek dipercayai membuat pembelian pengisian barang kawalan itu ke dalam tangki ubah suai secara berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas bagi mengaburi pihak berkuasa.
"KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Menurut Azman, suspek dipercayai membuat pembelian pengisian barang kawalan itu ke dalam tangki ubah suai secara berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas. - Gambar fail/Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

KPDN Kelantan saran peniaga bazar Ramadan sedia Menu Rahmah
Tindakan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang merancang untuk membuka Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara tidak lama lagi.