JELI: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas, ditemui dalam keadaan selamat hari ini.
Yaacob Ismail, 76 tahun, yang dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar berkebun di sebuah dusun durian dan buah-buahan miliknya di Kampung Pasir Dusun di sini ditemui sekitar jam 7.15 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim memaklumkan mangsa ditemui dalam kawasan ladang kelapa sawit, kira kira 7 kilometer dari kawasan kebunnya.
"Ketika ditemui, mangsa sedang melambai-lambai dan memanggil kumpulan pencari.
"Mangsa berada dalam keadaan selamat, tidak mengalami kecederaan dan boleh berjalan," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
"Ketika ditemui, Yaacob turut memaklumkan beliau melihat pasukan pencari dan orang kampung yang melalui kawasan ladang sawit dan hutan berhampiran, namun orang kampung dan pasukan mencari tidak melihatnya walaupun dia memanggil-manggil," katanya lagi.
Mohd Adni berkata, mangsa menjelaskan sepanjang tujuh hari berada di dalam hutan, beliau hanya minum air sungai untuk terus bertahan dari dihadrasi.
Sejurus ditemui, mangsa terus dibawa ke Hospital Jeli untuk menerima rawatan dan pemeriksaan.
Sebelum ini, Yaacob disedari hilang oleh anak lelakinya, Mohd. Sufian, 49, selepas mendapati mangsa tiada di kebun seluas 4.8 hektar itu meskipun kenderaan pacuan empat roda jenis Daihatsu Feroza dipandunya berada di kawasan tersebut.
Selepas menerima laporan, hampir 100 anggota termasuk dari jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli, Polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang kampung melakukan pencarian.
Vivi Sumanti
Wed May 25 2022
Yaacob Ismail, 76 tahun, yang dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar berkebun di sebuah dusun durian dan buah-buahan miliknya di Kampung Pasir Dusun ditemui sekitar jam 7.15 malam tadi. - Foto ihsan JBPM
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
Warga emas maut kereta dinaiki terbabas di LPT2
Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Tersilap tekan pedal, warga emas 83 tahun langgar kedai stesen minyak
Gara-gara tersilap tekan minyak, sebuah kereta terlanggar motosikal yang diparkir menyebabkan dinding kaca berdekatan stesen minyak di Taman Cindai Jaya, Sungai Petani runtuh.