SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, dekat sini, 10.10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata susulan itu polis menahan dua lelaki berusia 25 tahun dan 18 tahun dipercayai suspek kejadian untuk siasatan lanjut.
"Mangsa tidak bekerja ditemui mati dengan kesan kecederaan, salah seorang suspek ditahan 5 petang tadi di kawasan kejadian manakala seorang lagi dipanggil ke balai polis untuk siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Arifai berkata mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pihaknya menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian itu tersebut tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu pejabat Polis Daerah Seremban, ASP Mohd Firdaus Sudeerman di talian 010-3921373.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, pagi tadi. - Foto PDRM/Sinar Harian

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.