KLUANG: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat, petang semalam dipercayai telah terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ismail di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Nor berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mula menjalankan siasatan di kawasan kejadian bermula pagi tadi termasuk pemeriksaan melalui sebuah kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, hasil pemeriksaan CCTV di bangunan Persatuan Eng Choon di sini mendapati adanya kelibat seorang individu telah terjatuh ke longkang besar berhampiran Sungai Mengkibol sekitar pukul 4.15 petang semalam.
"Gerakan mencari dimulakan di kawasan longkang yang keadaan airnya cetek dan juga sehingga ke dasar Sungai Mengkibol dengan melibatkan anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya kepada pemberita selepas meninjau di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang di sini hari ini.
Bahrin berkata usaha mencari mangsa telah merangkumi tiga kilometer ke bahagian hilir Sungai Mengkibol dengan menggunakan tiga bot milik polis dan sebuah bot milik bomba.
"Berikutan cuaca yang tidak mengizinkan operasi ditangguhkan pada pukul 6.30 petang tadi dan akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok," katanya
Media melaporkan seorang pesara daripada Rejimen Grup Gerak Khas (GGK) Ab Manan Keri, 73, yang lengkap berpakaian Kelab Veteran Komando dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Dataran Tasik Kluang di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Bahrin berkata usaha mencari mangsa telah merangkumi tiga kilometer ke bahagian hilir Sungai Mengkibol dengan menggunakan tiga bot milik polis dan sebuah bot milik bomba. - Gambar Sinar Harian
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.
Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Perintah reman dikeluarkan Majistret terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.