Ringkasan AI
- Saari Awang, 68, yang dilaporkan hilang ketika memancing di jeti Kampung Menchali, ditemukan lemas pagi ini oleh orang awam kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dipercayai terjatuh.
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam, dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, menggunakan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
- Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan selanjutnya. Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus semasa memancing.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Salahuddin Isa berkata mayat Saari Awang, 68, ditemukan orang awam yang melakukan pencarian di sekitar sungai tersebut kira-kira 7.45 pagi.
"Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan selanjutnya.
Salahuddin berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Semalam, Saari dari Felda Keratong, Muadzam Shah dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing dan dipercayai hanyut dibawa arus.
-- BERNAMA
