Rasa ingin tahu dan mahu menimba ilmu mengenai autisme telah mendorong seorang warga emas berusia 70 tahun untuk menghadiri Program Hari Kesedaran Autisme Sedunia, di Intermark, di sini pada Sabtu.
Sekali pandang, warga emas yang memperkenalkan dirinya sebagai Zaiton Omar ini dilihat mempunyai begitu banyak persoalan yang terbuku di hatinya – yang belum terjawab mengenai autisme.
Tetapi, berbeza dengan ibu bapa lain yang datang bersama anak-anak istimewa mereka, di sisi makcik Zaiton tidak kelihatan mana-mana kanak-kanak autistik.
Tumpuan Astro AWANI terarah kepada beliau, dan ketika ditanya apa yang mendorong beliau ke program tersebut, Zaiton berkata, “Rasa ingin tahu apabila saya membaca laporan sebuah akhbar mengenai autisme.”
Kerana rasa ingin tahu itu, usia bukan penghalang untuk beliau menaiki pengangkutan awam yang memakan masa hampir satu jam dari Gombak ke The Intermark di tengah-tengah ibu negara, untuk menghadiri Program Hari Kesedaran Autisme Sedunia.
Menurut Zaiton, beliau tidak mempunyai anak atau waris yang menghidapi autisme.
“Pada mak cik kan, tak tahu betul ke tidak, orang yang kena autisme ini (disebabkan) kenan. Kenan ni masa mak dia mengandung, mak dia jumpa orang autisme, dia terkejut dan dia kena benda (autisme) itu, sama juga dengan sindrom Down, dan itu adalah pada makcik, makcik tak pasti betul atau tidak.
“(Selain itu) untuk mendapatkan ilmu lebih lanjut, kalau dah berjumpa dengan kawan atau anak kawan yang hidap autisme, sekurang-kurang makcik boleh bagi nasihat,” katanya, pada Sabtu.
Kempen kedua ‘Embrace Autism‘ yang berlangsung sempena sambutan Hari Autisme Sedunia dirasmikan oleh Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Program dua hari yang bermula pada Sabtu dianjurkan dengan kerjasama Dome Café, Intermark Mall dan Early Autism Project Malaysia.
Turut mencuri tumpuan pada majlis tersebut adalah persembahan piano daripada Muhammad Monib.
Berkongsi mengenai bakat besar yang dimiliki kanak-kanak istimewa itu, ibu kepada Muhammad Monib, Elahe Norman berkata, bakat dimiliki oleh anaknya itu dikesan apabila kanak-kanak itu sering bermain alat muzik.
Lebih mengagumkan, segala bakat seni yang dimiliki Muhammad dipelajari sendiri olehnya tanpa tunjuk ajar daripada mana-mana guru muzik.
Jelas Elahe, dalam membesarkan anak-anak istimewa ini, kasih-sayang dan kesedaran daripada ibu bapa amat penting.
“Saya sangat bangga sebagai ibu dan saya boleh pengalaman, saya boleh kongsi kepada sesiapa sahaja. Ini kerana kasih sayang amat penting. Cinta itu ibarat terapi, bila kamu pegang anak, cium dan dekatkan dengan hati kamu, itu adalah terapi,”katanya.
Justeru itu, Elahe yang juga Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tasputra Perkim menasihati ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme supaya memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa itu untuk mengembangkan minat mereka.
BACA: Autisme: Jalani pemeriksaan anak-anak seawal usia 18 bulan
BACA: Kanak-kanak autistik lebih istimewa daripada kita - Tunku Kamariah Aminah
Hasimi Muhamad
Sun Apr 07 2019
Tetapi, berbeza dengan ibu bapa lain yang datang bersama anak-anak istimewa mereka, di sisi makcik Zaiton tidak kelihatan mana-mana kanak-kanak autistik. Gambar Astro AWANI
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Warga emas ini sanggup naik bas untuk timba ilmu tentang autisme
Kerana rasa ingin tahu itu, usia bukan penghalang untuk beliau menaiki pengangkutan awam dari Gombak ke lokasi acara di tengah-tengah Kuala Lumpur.