KUALA LANGAT: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas setelah dipercayai terjatuh dalam kolam terbiar berhampiran Jalan Gate, Kampung Olak Lempit, dekat sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kehilangan mangsa disedari ahli keluarganya yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan bomba.
"Pihak polis dan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.15 malam dibawa ke lokasi kejadian, siasatan awal menemukan sepasang selipar warna hijau milik mangsa di tepi kolam tersebut.
"Siasatan mendapati, mangsa dipercayai keluar rumah sejak jam 2.30 petang, penduduk kampung yang cuba mencari bagaimanapun gagal menemukan mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, usaha mencari mangsa di kolam tersebut kemudiannya dijalankan pihak bomba sekitar jam 9.46 malam.
"Pihak bomba melakukan selaman di kolam tersebut dengan kedalaman 1.2 meter menggunakan bot kecil milik penduduk kampung.
"Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 9.52 malam dalam keadaan mengiring dan terjunam ke dasar kolam sedalam 1.2 meter dengan jarak lebih kurang tujuh meter dari tebing kolam," katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dinaikkan ke darat.
"Mangsa dikenal pasti sebagai warga tempatan berumur 69 tahun.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Banting untuk ujian saringan Covid-19 sebelum bedah siasat dijalankan," katanya.
Kes disiasat di bawah kematian mengejut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 09 2021

Pihak bomba menjalankan usaha menaikkan mayat mangsa yang ditemui di dasar kolam terbiar di Kampung Olak Lempit. -Foto Sinar Harian
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

LKIM bangunkan semula kolam terbiar perkasa projek pembangunan akuakultur
Usaha itu bagi meningkatkan keupayaan akuakultur dalam membekalkan sumber protein negara sekali gus menyokong program sekuriti makanan.

MBKT selenggara kolam terbiar di Dataran Shahbandar
Kolam yang sebelum ini pernah menjadi tarikan di kawasan rekreasi dan tumpuan awam itu telah dibersihkan pada 15 Jun lalu.

Pelajar tingkatan 5 ditemukan lemas dalam kolam terbiar
Jasad Muhammad Hadwan ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap di dasar kolam pada jam 10.49 malam.

Warga emas jatuh kolam terbiar ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 9.52 malam dalam keadaan mengiring dan terjunam ke dasar kolam sedalam 1.2 meter dengan jarak lebih kurang tujuh meter dari tebing kolam.

Peneroka pulihkan kolam terbiar, jana pendapatan sampingan
Program berkenaan membabitkan peneroka berusia antara 30 hingga 55 tahun yang menjalankan kerja pembersihan kawasan secara gotong-royong.

Bayi lelaki cukup sifat dibuang di kolam terbiar
Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam kolam terbiar di Kampung Binsuluk, Membakut, semalam.

Mangsa kedua jatuh kolam meninggal dunia
Muhammad Rusyaidi ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dalam kolam terbiar, 13 Julai lalu.