SEREMBAN: Seorang warga emas kerugian RM228,000 selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang digital kripto yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata berdasarkan laporan lelaki berusia awal 60-an itu semalam, mangsa mendakwa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram oleh seorang individu dan terpengaruh untuk menyertai pelaburan mata wang digital kripto menerusi platform ACCERX Hong Kong pada Oktober tahun lepas.
"Pada permulaan, mangsa membuat transaksi pertama berjumlah RM8,000 dan berjaya mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM15,000 yang dimasukkan ke dalam akaun di platform berkenaan.
"Lelaki itu kemudian dipujuk oleh individu itu untuk menambah nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM228,000 melalui 13 transaksi kewangan ke sembilan akaun berbeza," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian menyedari ditipu setelah gagal membuat pengeluaran bagi pelaburan yang dibuat atas alasan akaun pengadu terlibat dengan pengubahan wang haram.
Abdul Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mengesan suspek terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram oleh seorang individu dan terpengaruh untuk menyertai pelaburan mata wang digital kripto. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.

Remaja warga Jepun antara mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang dibebaskan di Myanmar
Seorang remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun telah diselamatkan daripada sindiket penipuan di Myanmar berhampiran sempadan Thailand.

Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.