KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) menerima kira-kira 80 aduan mengenai penipuan berkaitan skim pelaburan kepentingan hartanah yang melibatkan pembangunan hartanah dan aset pertanian di Sungai Besi sehingga kini.
Setiausaha Agungnya Datuk Hishamuddin Hashim tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar mangsa skim yang didalangi oleh sebuah syarikat yang beribu pejabat di Perlis sejak beberapa tahun lepas itu kini telah mencecah 1,500 orang, dan membabitkan jumlah kerugian hampir RM60 juta.
Beliau berkata syarikat itu menawarkan pulangan dividen yang lumayan kepada mangsa melalui modus operandi yang memerlukan mereka membayar RM3,600 bagi satu lot tanah untuk mendapatkan pulangan dividen RM540 setiap 45 hari.
"Bagaimanapun tawaran yang dibuat syarikat itu adalah tidak sah kerana tidak mematuhi undang-undang yang mengawal selia syarikat pelaburan di Malaysia seperti Akta Skim Kepentingan 2012, Akta Syarikat 2016 dan Capital Markets and Services Act 2007.
"Bahkan sebenarnya menurut siasatan persendirian oleh mangsa, projek-projek yang dijanjikan syarikat juga tidak wujud dan tidak pernah berjalan. Selama ini semua gambar projek yang ditunjukkan adalah gambar yang diambil daripada aplikasi Google semata-mata," katanya dalam persidangan media di sini pada Sabtu.
Seorang wanita yang ditemui selepas pesidangan media itu berkata kedua-dua ibu bapanya turut menjadi mangsa penipuan skim pelaburan itu.
Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 35, bapanya mula terjebak dengan pelaburan itu pada 2020 setelah didekati ejen syarikat berkenaan cawangan Muar, Johor, sehingga membuat pinjaman peribadi dengan bank.
"Awalnya ayah mula dengan lima lot tanah dengan sejumlah bayaran. Apabila dapat pulangan pada peringkat awal, ayah mula merasa yakin sebelum mengajak ibu untuk turut serta, dengan niat untuk membantu keluarga dan anak-anak.
"Keseluruhannya, ayah dan ibu laburkan sebanyak RM250,000 untuk skim ini termasuk menggunakan wang pinjaman bank. Namun, selepas tiga kali pembayaran dividen diterima berjumlah RM540 setiap satu, syarikat itu senyap dan tidak membuat sebarang pembayaran sehingga kini," katanya.
Nurul berkata beliau dan adik-beradiknya tidak merasa ragu dengan pelaburan disertai kedua ibu bapanya pada peringkat awal kerana dimaklumkan mengenai syarikat itu yang sah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selain mempunyai dokumen perjanjian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Datuk Hishamuddin Hashim (tengah) pada sidang media bersama sebahagian mangsa penipuan dan pemerdayaan pelaburan melibatkan skim pelaburan kepentingan hartanah dan aset oleh sebuah syarikat yang beribu pejabat di Perlis. - Foto BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Warga emas labur RM250,000, antara mangsa penipuan skim pelaburan hartanah
Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) menerima kira-kira 80 aduan mengenai penipuan berkaitan skim pelaburan kepentingan hartanah.