ALOR SETAR: Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian apabila dia maut dilanggar motosikal ketika sedang melintas di Jalan Datuk Kumbar, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Zahari Hashim, 74 tahun, dikatakan baru keluar dari sebuah kedai makan yang terletak di hadapan lokasi kejadian.
Ketika itu, mangsa dikatakan hendak melintas jalan menuju ke arah kenderaannya yang diparkir di seberang jalan untuk pulang ke rumahnya di Taman Nuri.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis SYM BX110 yang ditunggangi seorang lelaki datang dari arah Derga Jaya menghala ke pusat bandar.
"Setibanya di lokasi kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai tidak nampak mangsa sedang melintas jalan lalu merempuhnya.
“Akibat rempuhan itu, mangsa terseret lebih lima meter sebelum terjatuh di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Ahmad Shukri berkata, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Dec 06 2021

Ketika kejadian, mangsa dikatakan hendak melintas Jalan Datuk Kumbar menuju ke arah kenderaannya yang diparkir di seberang jalan. - Foto PDRM
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warga emas lintas jalan maut dilanggar motosikal
Zahari dikatakan baru keluar dari sebuah kedai makan yang terletak di hadapan lokasi kejadian.