KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendapati warga emas yang masih mahu bekerja meskipun telah melepasi umur persaraan adalah disebabkan komitmen kewangan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata dapatan itu berdasarkan kajian oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) mengenai tenaga kerja pesara melibatkan 584 syarikat pada 2019, yang turut mendapati golongan itu enggan bersara kerana beranggapan sukar untuk mendapatkan pekerjaan baharu apabila telah bersara.
"Daripada 584 majikan itu, 331 atau 56.7 peratus sedang mengambil pekerja warga emas manakala 253 atau 43.3 peratus tidak mengambil pekerja warga emas.
"Sejajar dengan itu, KSM melalui TalentCorp pada September 2021 telah menganjurkan bengkel pengambilan warga emas untuk bekerja semula," katanya ketika menggulung usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, susulan bengkel tersebut, kementeriannya telah merangka inisiatif untuk menyokong penyepaduan semula warga emas atau pesara untuk kembali bekerja dengan mengadakan sesi libat urus bersama majikan.
Mustapha berkata berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dari Januari hingga 2 Jun 2023, jumlah penempatan pekerjaan bagi warga emas yang kembali bekerja adalah seramai 54 orang.
Mengenai perlindungan sosial khusus untuk pekerja sektor tidak formal termasuk pekerja gig, beliau berkata seramai 449,618 orang telah berdaftar dan aktif mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) mulai Januari 2020 sehingga 4 Jun 2023.
"Daripada jumlah tersebut, sehingga 13 Jun 2023, seramai 133,150 daripadanya telah berdaftar dan mencarum di bawah Skim Pekerjaan Sendiri Gig (SPS Gig) melalui Dana Padanan Caruman Perlindungan Sosial atau SPS Padanan Caruman.
"SPS Padanan Caruman merupakan insentif pembiayaan padanan caruman yang mana Orang Bekerja Sendiri hanya perlu membayar sebanyak 20 peratus iaitu sebanyak RM46.60 sahaja daripada kadar caruman RM 232.80 manakala baki bayaran caruman 80 peratus iaitu RM186.20 dibiayai kerajaan," katanya.
Katanya di bawah Belanjawan 2023, kerajaan turut memperluaskan program bantuan padanan untuk tiga lagi sektor baharu iaitu sukan, pendidikan dan ejen.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata bagi tempoh 2015 hingga 2020, sebanyak 5,440 aduan diterima SUHAKAM dengan 58 peratus aduan sudah diselesaikan.
Katanya majoriti kes yang belum diselesaikan adalah melibatkan isu kewarganegaraan di Sabah .
Mengenai cadangan pindaan Akta SUHAKAM, Ramkarpal berkata kerajaan sedang meneliti beberapa pindaan termasuk dalam prosedur pelantikan dan pemecatan pesuruhjaya SUHAKAM serta pemerkasaan peranan suruhanjaya itu di mahkamah.
Antara kementerian yang mengambil bahagian dalam sesi penggulungan termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023

Dapatan itu berdasarkan kajian oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) mengenai tenaga kerja pesara melibatkan 584 syarikat pada 2019. - Gambar hiasan

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Ibu temui ajal ketika hantar anak ke hospital
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2 petang melibatkan lori Isuzu dengan kereta Perodua Axia.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.