Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, atas dakwaan melakukan kesalahan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada Jun tahun lalu. Tertuduh yang juga seorang buruh berusia 61 tahun membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pendakwaan, tertuduh melakukan jenayah seksual dengan menggesel kemaluannya pada mangsa yang juga anak kepada rakannya dalam kejadian pada bulan Jun 2020 kira-kira jam 2 petang di halaman sebuah di Selising, Pasir Puteh.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama. Sehubungan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 20 Oktober depan untuk sebutan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.
Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama. Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.
Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.
Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.
Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026 Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.
Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.
Lelaki warga emas maut berbalas tembakan dengan polis di Johor Bahru Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, Johor Bahru, kira-kira 3.10 pagi tadi.
Lebih 800 jururawat Sarawak ingin berkhidmat di negeri asal - Dr Sim Lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka, kata Timbalan Premier Sarawak.
Warga emas rugi lebih RM100,000 terpedaya pinjaman tidak wujud Seorang pesara kerugian RM105,311.72 selepas terpedaya sindiket penipuan pinjaman tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp, pada Februari lepas.
Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.
MEKAR: KPPN Turun padang serah MyKad gantian OKU sindrom down Ramadan buat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Kampung Mak Kemas, Marang kali ini menjadi lebih bermakna apabila memperoleh kad pengenalan (MyKad) gantian hari ini.
AADK tahan 94 penagih dadah termasuk tiga warga emas di Melaka AADK menahan 94 lelaki termasuk tiga warga emas disyaki penagih dadah dalam Operasi Perdana yang dilaksanakan di tiga daerah di Melaka selama tiga hari bermula pada 24 Feb lepas.
Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.