SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Chalet Segantang Garam, Merbok, di sini petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Liang Ah Kaw, 70, berasal dari Pekan Lama Sungai Petani dan dikatakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kaki palsu pada sebelah kiri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata warga emas itu berjaya diselamatkan penduduk kampung dan dilaporkan berada dalam keadaan separa sedar.
"Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 1.13 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani bergegas ke lokasi kejadian.
"Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut melakukan pencarian di sekitar lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, saksi kemalangan, Mohd Fadzil Mahamud, 40, berkata ketika kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, dia berada di rumah yang terletak tidak jauh dari sungai tersebut.
"Seorang rakan memanggil saya untuk membantu menyelamatkan pemandu kereta yang terjatuh ke dalam sungai. Saya segera terjun ke dalam sungai dan dua lagi rakan berada di tepi tebing.
"Ketika itu kereta dipandu mangsa hampir tenggelam dan mangsa tidak sedarkan diri menyebabkan kami bertindak memotong tali pinggang keledar yang dipakainya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Menurutnya mangsa kemudian berjaya ditarik ke tebing dan ketika itu mereka menyedari bahawa lelaki itu memakai kaki palsu.
"Kami bertiga bergilir-gilir menekan dada warga emas tersebut bagi memberikan rawatan awal...kira-kira lima minit kemudian dia mula sedar, muntah dan banyak air keluar dari hidung serta mulut.
"Beberapa penduduk kampung bertindak menghubungi talian kecemasan dan mangsa dibawa ke hospital," katanya menambah kereta dipandu mangsa mungkin terbabas ketika melalui selekoh di kawasan tersebut sebelum terjunam ke dalam sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Chalet Segantang Garam, Merbok, petang tadi. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.