SIPITANG : Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran dirumahnya di Kampung Melalia, dekat sini, pada malam Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat Wong Fook On, 66, ditemukan oleh pasukan bomba di bahagian dapur rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.39 malam.
Katanya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari BBP Sipitang.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang musnah 100 peratus.
"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada jam 8.05 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut terdapat seorang mangsa rentung dalam kejadian itu.
"Pasukan kita menemui mayat seorang lelaki di bahagian dapur.
"Mangsa yang tinggal berseorangan dipercayai terperangkap dalam kejadian itu," katanya.
Sehubungan itu, Calvin Joe berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan pada jam 10.36 malam selepas pemeriksaan dilakukan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023

Pasukan bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Melalia, Sipitang.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.

Pasangan warga emas rentung dalam kebakaran
Sepasang suami isteri warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Pangkalan Lutong di sini pagi tadi.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kereta di Niah
Pemeriksaan mendapati, mangsa yang berusia 63 tahun rentung di tempat duduk pemandu.

Warga emas rentung, tiga melecur dalam kebakaran kereta
Menurut bomba, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang musnah terbakar 98 peratus.

Warga emas rentung dalam kebakaran
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat Wong Fook On, 66, ditemukan oleh pasukan bomba di bahagian dapur rumahnya.

Warga emas rentung dalam kebakaran empat kenderaan
Kebakaran melibatkan kenderaan yang diparkir iaitu kereta Ford Telestar, Naza Citra dan Proton Wira serta lori satu tan jenis Daihatsu.

Warga emas OKU rentung rumah terbakar
Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Gong Datuk di sini, tengah hari ini.

Warga emas rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pelantar, di sini, malam ini.

Warga emas rentung, dua ahli keluarga melecur dalam kebakaran
Mayat warga emas yang rentung ditemukan dalam sebuah bilik manakala dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Tiga termasuk warga emas rentung dalam kebakaran di Sibu
Tiga individu termasuk seorang warga emas rentung dalam satu kejadian kebakaran di Lorong 1A, Jalan Burung Beliris, Kampung Bahagia Jaya dekat sini pada Selasa.