IPOH: Seorang lelaki warga emas di Tanjung Malim kerugian RM717,050 selepas menjadi mangsa pelaburan mata wang kripto tidak wujud sejak Mei lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa yang merupakan pesara pengawal keselamatan berusia 67 tahun, membuat laporan polis hari ini selepas menyedari dirinya ditipu.
"Mangsa telah melihat satu iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook atas nama Yomaex Crypto Market Limited pada 22 Mei lepas dan menghubungi ejen syarikat tersebut yang mendakwa berpangkalan di Paris, Perancis.
"Lelaki itu menyatakan minatnya untuk melabur dan diminta memuat turun sebuah aplikasi untuk tujuan pelaburan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Yusri berkata mangsa kemudian membuat pindahan wang berjumlah RM8,000 ke dalam akaun yang diberikan bagi pengaktifan e-dompet dan modal permulaan pada 13 Julai lepas.
Menurutnya pada permulaan pelaburan, mangsa melihat wang sebanyak US$14,985 dikreditkan ke dalam akaun dompet miliknya.
"Ini membuatkan mangsa semakin yakin dan telah membuat penambahan modal melibatkan 17 transaksi ke 10 akaun bank berbeza dan perlu menunggu selama dua bulan untuk tempoh matang.
"Pada 5 Okt, mangsa melihat wang di dalam e-dompet laman sesawang pelaburan tersebut telah bertambah menjadi US$1.5 juta, namun mangsa gagal membuat pindahan wang ke akaun miliknya," katanya.
Mohd Yusri berkata warga emas itu telah diminta memasukkan wang berjumlah RM300,000 kononnya sebagai cukai pindahan wang, tetapi dia tidak melakukannya.
Menurutnya mangsa kemudian mendapati akaun e-dompetnya kosong dan aplikasi pelaburan itu tidak dapat diakses lagi kononnya disekat oleh pihak Bank Negara.
Bagaimanapun, beliau berkata setelah membuat semakan di Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, mangsa mendapati pelaburan tersebut tidak berdaftar dengan Bank Negara.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023

Mohd Yusri berkata mangsa yang merupakan pesara pengawal keselamatan berusia 67 tahun, membuat laporan polis hari ini selepas menyedari dirinya ditipu. - Gambar fail/Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Harga Bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah
Bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu.

SC sedia bekerjasama maju Malaysia sebagai hab kewangan digital inovatif, bertanggungjawab
Keutamaan SC ialah meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap kewangan digital global, melengkapkan agenda transformasi digital negara.

PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan mata wang kripto
Suruhanjaya itu akan membangunkan kepakaran dalaman sebagai langkah memperkasa aspek penyiasatan melibatkan mata wang kripto.

Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko
Mata wang kripto, iaitu sebarang bentuk mata wang digital - juga dikenali sebagai aset digital - semakin mendapat perhatian global termasuk Malaysia dan dilihat sebagai alternatif terbaik kepada mata

Enam mengaku tidak bersalah culik warga China
Sepasang suami isteri dan empat individu didakwa menculik seorang lelaki warga China untuk mendapatkan wang tebusan berbentuk mata wang kripto.

Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.

Warga Israel ditangkap: Pantau laman sesawang gelap, aliran mata wang kripto - Penganalisis
Kerajaan perlu melaksanakan pemantauan laman sesawang gelap dan aliran mata wang kripto sebagai langkah membanteras ancaman keselamatan terhadap negara.

Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.

Nilai Bitcoin kini melangkaui RM250,000
Pada pagi ini, nilai Bitcoin telah turun semula ke RM250,962 yang masih lagi tinggi selepas menjunam seketika ke RM243,000 pada petang semalam.