Seorang warga emas terkejut apabila mendapati wang RM80,000 dalam simpanannya hanya berbaki RM63.21 sen selepas memeriksa akaun bank miliknya semalam.
Wanita berusia 64 tahun itu berputih mata kerana telah diperdaya sindiket Macau Scam yang melibatkan penyamaran sebagai pegawai bank dan anggota polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, akibat rasa takut kerana dikaitkan dengan satu kes pengubahan wang haram, selain mempunyai tunggakan pinjaman bank berjumlah RM50,000, wanita itu mendaftarkan nombor telefon individu lain dalam daftar akaun bank miliknya.
Menurutnya, mangsa telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah bank di Kuala Lumpur pada 2 Disember tahun lalu.
"Suspek memaklumkan, mangsa ada membuat pinjaman dari bank berkenaan, cawangan Serdang Perdana, dan berlaku tunggakan bayaran balik mencecah RM50,000.
"Mangsa kemudian menafikan perkara itu dan panggilan disambung kepada anggota polis bagi tujuan semakan sebelum mangsa dimaklumkan dia turut dikehendaki atas kes pengubahan wang haram," katanya.
Mohd Wazir menjelaskan, mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan dia diminta berurusan dengan seorang lagi wanita, kononnya pegawai dari Bank Negara, bagi urusan menyelesaikan kes tersebut.
Jelasnya, suspek yang kononnya pegawai dari Bank Negara itu mengarahkan mangsa supaya memindahkan semua wangnya, termasuk wang simpanan dari akaun bank lain, ke satu akaun bank miliknya.
"Pemindahan itu perlu dibuat bagi tujuan siasatan, katanya, dan mangsa akur dengan arahan itu, sekali gus memindahkan wang dari akaun Tabung Hajinya berjumlah RM65,000 dan wang hasil gadaian barang kemas RM7,450, selain baki sedia ada, ke dalam akaun berkenaan.
"Mangsa kemudian diminta mengemaskini akaun banknya itu dengan menukar nombor telefon lama kepada nombor baharu yang diberikan," katanya.
Mohd Wazir berkata, selepas semua arahan itu diikuti, mangsa membuat semakan akaun bank tersebut pada 5 Februari lalu dan terkejut apabila mendapati wang dalam akaun itu hanya berbaki RM63.21 sen.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Noraniza Kamsani
Thu Feb 06 2020

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan tidak wujud berjumlah lebih RM1.6 juta sejak 2017.

Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.

Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.

Wanita warga Indonesia rugi lebih RM4 juta diperdaya sindiket pelaburan Forex
Seorang wanita warga Indonesia mendakwa kerugian lebih RM4 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang asing (Forex) yang berpangkalan di Labuan.

Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.

Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.

Pasangan kekasih diberkas bersama dadah lebih RM2 juta
Polis menumpaskan sindiket mengedar dan memproses dadah selepas menahan sepasang kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan berasingan.

Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.

SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.

Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.