ARAU: Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang di sini.
Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.
Katanya hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.
Ahmad Mohsin berkata mayat warga emas itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah dan pemeriksaan lanjut menemukan kesan lebam pada dahi, ubun kepala serta lidah mangsa manakala tulung rusuknya patah.
Beliau berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.
Katanya anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan telah memukul warga emas itu menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada 9 pagi semalam.
Ahmad Mohsin berkata hasil temu bual mendapati suami suspek, juga berusia 34 tahun, turut terlibat dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.
Beliau berkata suspek mendakwa punca pertengkaran kedua-dua beranak bermula apabila anak perempuan mangsa tidak tahan dan terlampau tertekan dengan karenah warga emas itu yang mengalami strok di bahagian badan sebelah kiri.
"Kedua-dua suspek tidak mengaku membunuh si mati dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ahmad Mohsin berkata polis akan membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kangar esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Polis berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan
Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang.