Seorang warga Indonesia maut setelah keretanya bertembung dengan sebuah lori dalam nahas jalan raya di Kilometer 32, Jalan Beruas-Parit pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohd Zainal Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar 10.35 pagi dan mangsa maut di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Gen-2 menghala ke Parit telah memasuki laluan bertentangan ketika melalui satu selekoh dan bertembung dengan sebuah lori.
“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mukid, 41, dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat.
Mohd Zainal berkata, pihak polis memohon waris atau kenalan mangsa tampil bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tiada tangkapan dilakukan buat masa ini ,” katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Jun 01 2017
Siasatan mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Gen-2 menghala ke Parit telah memasuki laluan bertentangan ketika melalui satu selekoh dan bertembung dengan sebuah lori. - Foto PDRM
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Lelaki maut tersepit, kereta terbabas masuk longkang
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas ke dalam longkang, menyebabkan pemandunya tersepit.
Tanah runtuh di Kampung Buruk Bakul selepas hujan lebih sejam
Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan menjejaskan sebuah surau dan dewan, di samping lima buah rumah.
Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.
Pembentung didakwa jadi punca banjir termenung di Beruas
Banjir yang melanda enam kampung di Pantai Remis semalam didakwa berpunca daripada pembentung di kawasan berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat.
Polis tahan 15 termasuk tokan dadah di Beruas
Kesemua lelaki berusia 21 hingga 61 tahun itu ditahan bersama 337 gram dadah jenis heroin dan syabu serta dua biji pil eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM13,168.
40 ekor lembu mati di Beruas, disyaki terminum racun
Kira-kira 40 ekor lembu dijumpai mati di sebuah ladang buah naga di Sungai Rotan, Padang Gajah, dekat sini, semalam.
Air pasang besar: 70 penduduk Beruas dipindahkan ke PPS
Mereka terdiri daripada 26 lelaki dewasa, 25 wanita dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan.
Menteri dari UMNO perlu buktikan berkhidmat untuk rakyat - Ketua Bahagian Beruas
Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad menjelaskan selain menumpukan terhadap masalah rakyat, ahli politik juga perlu taat dan patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.
Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke PPS di Beruas
Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Beruas.
Tiga Ahli Parlimen DAP digantung sesi Parlimen 10 hari
Tiga Ahli Parlimen DAP digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 10 hari kerana menghina Speaker Dewan Rakyat serta kemuliaan institusi tersebut.