Warga kota terutamanya umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi, hari ini mengambil kesempatan membeli-belah barangan keperluan pada hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.
Tinjauan di sekitar ibu kota mendapati butik-butik pakaian dan kedai-kedai barangan harian dipenuhi pelanggan dan kebanyakan pusat beli-belah turut memaparkan notis mengenai penetapan GST pada kadar sifar di premis masing-masing.
Pegawai swasta Mazlina Yusof, 29, berkata beliau mengambil cuti sehari pada hari ini untuk membeli-belah bersama-sama anggota keluarganya bagi persiapan menyambut Aidilfitri.
"Selain harga yang lebih murah kadar sifar GST, kebanyakan kedai dan gedung pakaian juga menawarkan banyak diskaun... lagipun kami tidak mahu sesak untuk keluar pada hujung minggu," katanya kepada Bernama.
Suri rumah A'abayiah Yusof, 65, berkata harga barang sebelum dan selepas GST sebenarnya tidak mempunyai perbezaan ketara namun ramai peniaga mengambil kesempatan menawarkan diskaun bersempena hari raya.
Seorang penjawat awam, Siti Nor Aini Hamidon, 32 pula berkata dia dan keluarga "berbelanja besar" sehingga RM5,000 untuk membeli barang keperluan rumah di sebuah pusat beli-belah kelengkapan rumah bersempena hari raya.
"Ini pertama kali saya berbelanja besar di sini. Barang pun lebih murah berbanding sebelum GST dimansuhkan. Pada saya GST ini bukan satu beban sebenarnya tetapi apabila tiada GST barang menjadi lebih murah sedikit dan dapat beli dengan kuantiti yang banyak," katanya.
Penolong Pengurus Sumber Manusia IKEA Cheras, Nur Azie Yanti berkata bilangan pengunjung ke pusat beli-belah itu hari ini bertambah berbanding hari biasa berikutan penurunan kadar GST daripada enam peratus kepada sifar.
"Ada sebilangan pengunjung yang sudah datang ke sini seawal waktu operasi 9.30 pagi tadi dan kita menjangkakan bilangan pengunjung bertambah terutama di sebelah malam," katanya sambil menambah pihaknya akan membuka lebih banyak kaunter untuk kelancaran operasi.
Seorang pengurus sebuah kedai barang keperluan dapur di KLCC yang enggan dikenali, berkata pihaknya menerima kunjungan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seawal 10 pagi untuk meninjau harga barang di premis berkenaan.
"Setakat ini, semua barangan keperluan sudah turun harga kecuali beberapa barangan peralatan dapur yang akan mengambil masa sehari dua lagi untuk selesai letak tanda harga," katanya.
Dalam pada itu terdapat beberapa premis yang masih belum bersedia dengan pelaksanaan GST sifar tersebut.
Pengurus kedai runcit Chong Sim Huat, 56, berkata oleh kerana mesin wangnya masih mempunyai kadar GST enam peratus, beliau terpaksa menulis resit kepada pelanggan.
"Kami sedang menunggu mesin wang baharu untuk sampai pada petang ini, jadi resit tulis tangan sementara dikeluarkan kepada pelanggan. Walaupun ada sedikit 'banyak kerja' tapi apakan daya mesin mengira wang lewat sampai," katanya.
GST dikuatkuasakan di negara ini pada 1 April 2015 pada kadar standard enam peratus.
Pada 16 Mei lepas, kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 menetapkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport akan dikenakan GST pada kadar sifar, berkuat kuasa 1 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 01 2018

Tinjauan di sekitar ibu kota mendapati butik-butik pakaian dan kedai-kedai barangan harian dipenuhi pelanggan serta kebanyakan pusat beli-belah paparkan notis penetapan GST sifar di premis masing-masing. Gambar fail.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.