KUALA LUMPUR: Warga kota dipelawa menyalurkan idea dan cadangan untuk penyediaan Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2024 agar ia sempurna dan memenuhi keperluan serta harapan penduduk di ibu kota.
DBKL dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan idea dan cadangan itu boleh dikemukakan menerusi capaian Portal Idea Belanjawan DBKL 2024 https://sites.google.com/view/belanjawandbkl2024 bermula 1 April hingga 31 Mei ini.
"Penglibatan warga kota dalam mengemukakan idea dan cadangan diharap dapat menghasilkan Belanjawan DBKL 2024 yang memenuhi keperluan sebenar warga kota dalam mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ibu kota," menurut kenyataan itu semalam.
Menurut DBKL, idea dan cadangan yang ingin dikemukakan berdasarkan kepada lapan program utama iaitu pembersihan bandar dan kesihatan; kemudahan infrastruktur jalan raya, sistem lalu lintas dan saliran; penghijauan, kemudahan taman dan rekreasi; serta penyelenggaraan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat.
"Selain itu, ia turut merangkumi kesejahteraan komuniti; pengurusan penjaja dan peniaga kecil; kebudayaan, sukan dan pelancongan, serta kemudahan awam lain," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Penglibatan warga kota dalam mengemukakan idea dan cadangan diharap dapat menghasilkan Belanjawan DBKL 2024 yang memenuhi keperluan sebenar warga kota dalam mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ibu kota. - Gambar Facebook DBKL

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Warga kota dipelawa salur idea, cadangan Belanjawan DBKL 2024
Idea dan cadangan boleh dikemukakan menerusi capaian Portal Idea Belanjawan DBKL 2024 bermula 1 April hingga 31 Mei.