Seorang pekerja warga Malaysia berasal dari Besut terbunuh dalam kejadian sebuah dandang meletup di sebuah kilang plastik di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.
Mohd Shukri Sulaiman, 45, yang bekerja sebagai juru dandang dengan Al-Borouge Pte Company Limited sejak 2011 sedang melakukan pemeriksaan apabila sebuah daripada dandang berkenaan tiba-tiba meletup.
Adik mangsa, Faizol, 42, berkata keluarga mereka dimaklumkan mengenai kejadian malang yang menimpa abangnya itu oleh rakan abangnya yang bekerja di syarikat sama dan juga berasal dari Besut.
Ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Padang Landak di sini, hari ini, katanya rakan abangnya, Ahmad Syukkri Md Nor, 33, memaklumkan kepada mereka pada kira-kira pukul 2 pagi Sabtu.
"Ahmad Syukkri memaklumkan yang beliau telah mendengar letupan kuat pada pagi berkenaan (Sabtu) dan telah pergi ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa terbakar hampir keseluruhan badan berdekatan dengan dandang (boiler) di situ."
Menurutnya, abangnya Saria, 52, dijangka berlepas ke Abu Dhabi hari ini untuk urusan mengenal pasti jenazah arwah dan urusan berkaitan.
Faizol berkata abangnya itu ialah anak keenam daripada 11 beradik dan arwah meninggalkan seorang isteri, Azmahani Mamat, 43, dan empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 7 tahun yang tinggal di Indera Mahkota, Kuantan.
Katanya Mohd Shukri pernah bertugas dengan Petronas di Kerteh, Syarikat Grace di Kuantan, YTL di Paka, Malaysia Newsprint Industry (MNI) di Mentakab dan Electric Suplly Board di Kulim sebelum menyertai syarikat di UAE itu.
Sementara itu, ibu arwah Fatimah Ismail, 72, berkata beliau reda kerana apa yang terjadi adalah dengan kehendak Allah SWT.
Katanya anaknya itu bercuti dan balik selama seminggu pada 7 Dis dan telah membawanya bersama-sama isteri dan anaknya bercuti di Kundasang, Sabah.
Bernama
Sun Dec 20 2015
Arwah meninggalkan seorang isteri, Azmahani Mamat, 43, dan empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 7 tahun yang tinggal di Indera Mahkota, Kuantan.
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
Malaysia bakal terima pelaburan jangka panjang susulan lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE
Anwar berkata sinergi padu antara Malaysia dan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.
Jadual padat di hari terakhir lawatan kerja Anwar di UAE, dijadual bertemu presiden
Selepas perjumpaan itu Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di Dubai.
ADIA berminat teroka lebih jauh peluang pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), salah satu dana kekayaan terbesar dunia dengan aset melebihi US$1 trilion berminat untuk meneroka lebih jauh peluang pelaburan di Malaysia.
Anwar dijadual bertemu PM UAE di Dubai
Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula di Abu Dhabi
Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC).
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.
Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi
Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a