KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand berusia 34 dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, atas tuduhan terlibat di dalam aktiviti penyeludupan migran di Wang Kelian yang dilakukan antara 2014 hingga 2015.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Suchat Tohdin ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tuan Musyiri Peet.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menjalankan aktiviti penyeludupan seorang migran warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis kira-kira pukul 5.30 pagi pada tempoh antara bulan Ogos 2014 sehingga 10 Mac 2015.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiaannya menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya Negeri Perlis, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Baharudin Baharim.
Oktober tahun lalu, media melaporkan tiga rakyat Thailand yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung kes pemerdagangan orang dan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 ditahan telah ditahan ini dan berkemungkinan akan diekstradisi ke Malaysia.
Suspek pertama ditahan pada 21 Oktober manakala dua lagi ditahan lima hari kemudian.
Jurucakap Pejabat Peguam Negara (OAG) Thailand, Prayuth Phetkhun berkata, ketiga-tiga mereka adalah antara sembilan anggota kumpulan pemerdagangan manusia yang mana kesemuanya adalah rakyat Thailand termasuk seorang wanita yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung tragedi yang berlaku di Wang Kelian itu.
Abd Hadi Che Awang
Tue Apr 05 2022

Suchat Tohdin (tiga dari kiri) didakwa telah menjalankan aktiviti penyeludupan seorang migran warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis. - Gambar Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000
Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ketulan mampat daun dianggarkan bernilai RM16,014 di sebuah stesen minyak di Salor.

Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah
Seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih lima kilogram dadah jenis heroin bulan lepas.

Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa
Dua warga Thailand mengaku tidak bersalah memiliki barang kawalan iaitu 160 liter petrol di Durian Burung, Padang Terap.

Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.

Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.

Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba
Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 30 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 31.73 kilogram (kg) dan 18,000 biji pil yaba dalam dua serbuan berasingan pada Khamis lepas.

JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.

Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.

Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.

Edar dadah dalam pek minuman segera, lima ditahan termasuk wanita Thailand
Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine yang dibungkus dalam peket minuman segera.