KUALA LUMPUR: Semua kategori pengembara warganegara serta pemastautin tetap Malaysia, Singapura layak menggunakan laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)-darat, berkuat kuasa mulai 20 Dis, 2021.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Singapura pada Selasa.
Memetik laporan portal The Straits Times pada Selasa, kerajaan turut menggariskan bahawa tiada perubahan terhadap protokol ke atas pengembara di Singapura dan Malaysia.
"Kesemua pengembara memasuki Singapura perlu mematuhi kesemua protokol berhubung ujian COVID-19 dan langkah-langkah keselamatan yang sedia ada," tambah MITI.
Kesemua pengembara yang memasuki Singapura perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari, ujian pantas (RTK) Antigen kendiri COVID-19 sejurus tiba di Republik berkenaan. Ujian RTK pada hari ketiga dan ketujuh wajib diambil di pusat ujian COVID-19 berdaftar.
Menurut Menteri MITI Singapura, Ong Ye Kung sejumlah 300,000 individu mengembara ke kedua-dua buah negara setiap hari sebelum pandemik COVID-19 melanda. Namun, di bawah pengurusan VTL, hanya sejumlah 2,880 individu dibenarkan masuk ke kedua-dua negara menggunakan 64 perkhidmatan bas yang disediakan.
Gan turut berkata, objektif utama untuk VTL- darat dimulakan semula untuk memberi ruang kepada keluarga yang terpisah antara dua negara akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu tanpa kuarantin.
Menjawab soalan berkenaan individu yang ingin melakukan perjalanan lawatan sehari ke Johor Baharu, beliau menasihatkan agar orang ramai melihat kesesuaian serta keadaan semasa COVID-19.
Ini termasuk arahan keselamatan yang masih dilaksanakan buat masa ini.
“Nasihat saya untuk anda adalah untuk menilai keadaan serta melihat sama ada risiko untuk mengembara (secara singkat) itu berbaloi atau tidak.
“Saya menyarankan anda untuk mempertimbangkan secara teliti jika anda ingin menghabiskan masa sehari di sana (Johor Bahru) dengan mengambil kira arahan ujian saringan yang masih dilaksanakan,” jelas beliau.
Agensi
Tue Dec 14 2021

Kesemua pengembara yang memasuki Singapura perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari, ujian pantas (RTK) Antigen kendiri COVID0-19 sejurus tiba di Republik berkenaan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Warganegara Singapura boleh ke Malaysia melalui VTL-darat mulai 20 Dis
Semua kategori pengembara warganegara serta pemastautin tetap Malaysia, Singapura layak menggunakan laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)-darat, berkuat kuasa mulai 20 Dis, 2021.