Waris kepada dua korporat terbesar di Malaysia – Naza Group dan Berjaya Group – mengumumkan telah bertunang pada Jumaat.
SM Faliq SM Nasimuddin, 32, dan Chryseis Tan, 29, turut mengumumkan tarikh perkahwinan mereka di laman sosial, menerusi akaun Instagram.
Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.
Mereka dikhabarkan sudah beberapa tahun mengenali diri masing-masing.
Nasimuddin semasa hayatnya menubuhkan syarikat Naza Group of Companies pada sekitar 1980-an bagi membangunkan sektor automotif, pembinaan dan perniagaan hartanah.
Vincent Tan pula merupakan jutawan terkenal di negara ini, membina kekayaan di dalam pelbagai perniagaan menerusi syarikatnya, Berjaya Group.
Perkahwinan kedua mempelai ini bukan sahaja akan menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara, malah akan membentuk sebuah konglomerat terbesar di Malaysia, dalam bentuk aset, sekiranya terdapat penyatuan korporat di antara Naza Group dan Berjaya Group.
Faliq memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif Naza TTDI Sdn Bhd, manakala Chryseis adalah Ketua Eksekutif (CEO) Berjaya Times Square.
Ibrahim Sani
Sun Jul 02 2017

Faliq melamar Chryseis pada satu majlis di Maghribi. Foto Instagram chrystan_x

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Berjaya Group akan jual 100 peratus ekuiti Benviro kepada Naza dengan harga RM700 juta
Anak syarikat Berjaya Corporation Bhd, Berjaya Group Bhd memeterai perjanjian dengan Naza Corporation Holdings untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd.

Dana Lindung Nilai Patuh Syariah pertama di Malaysia bakal dicadangkan - Vincent Tan
Syariah Hedge Fund yang pertama di Malaysia, meliputi lebih 70,000 saham di dunia dengan 400 komoditi patut syariah bakal dicadangkan untuk pelancaran, tidak lama lagi.

Program francais 7-Eleven kembali lagi
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan pakej francais dengan pelaburan sebanyak RM250,000.

Perkahwinan dua waris syarikat Naza dan Berjaya: Nama Chryseis Tan paling dicari
Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang diibaratkan bak sang puteri dan putera raja yang menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara iaitu Naza Group dan Berjaya Group.

Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah hari ini?
Waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group dikatakan sudah mendirikan rumah tangga hari ini.

Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.

Waris Berjaya dan Naza jalin pertunangan
Mereka juga telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka, setelah bertahun mengenali masing-masing.