KUALA LUMPUR: Peguam yang bertindak bagi waris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II, difahamkan dalam proses mengemukakan permohonan kepada mahkamah Belanda untuk menyita aset milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas), lapor The Edge.
Artikel yang merujuk kepada laporan sumber itu juga menyatakan aset yang terlibat mungkin bernilai berbilion ringgit.
Laporan itu menyebut, Paul Cohen, peguam bersama utama untuk waris sultan dari firma guaman British 4-5 Gray's Inn Square, menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengemukakan petisyen eksekuatur kepada Mahkamah Rayuan The Hague, meminta keputusan Timbang Tara bertarikh 28 Februari 2022 diiktiraf di Belanda.
Pihaknya juga akan membuat makluman rasmi kepada Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat.
The Edge dalam laporannya menyebut bahawa Petronas dan kerajaan Malaysia sudah sedia maklum mengenai rancangan rampasan aset tersebut.
Waris Kesultanan Sulu pada Julai lalu melakukan tuntutan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada Malaysia dilaporkan telah merampas aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan.
Bagaimanapun kedua-dua anak syarikat Petronas terbabit sudah pun terlebih dahulu melupuskan semua asetnya di Azerbaijan.
"Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat itu, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan berkenaan telah pun dipulangkan (“repatriated”) dengan sewajarnya,” jelas Petronas dalam satu kenyataan pada 12 Julai lalu.
Waris kesultanan Sulu bertindak sedemikian selepas kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan bayaran RM5,300 yang diterima waris Kesultanan Sulu sejak perjanjian 1878 antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu ketika itu) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.
Malaysia meneruskan bayaran berkenaan apabila Sabah membentuk Malaysia pada 1963 bersama Singapura, Sarawak dan Tanah Melayu.
Putrajaya menghentikan bayaran berkenaan selepas pengikut 200 anggota militan yang merupakan Jamalul Kiram III menceroboh Sabah.
Agensi
Thu Sep 29 2022

Peguam yang bertindak bagi waris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II, difahamkan dalam proses mengemukakan permohonan kepada mahkamah Belanda untuk menyita aset milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas). - Gambar fail/REUTERS

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa kerana kecewa
Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama erana kecewa dengan perbuatannya.
Anak kelahiran malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
Usaha memperkukuh penggunaan identiti digital di Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia khasnya melalui integrasi Mydigital ID dalam platform Mytax dan Mystr.
Pengeluaran getas asli negara turun pada Januari 2025
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan pada Disember 2024.
TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
[TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.

Tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan - Cklamovski
Skuad Harimau Malaya menerima perkhabaran positif apabila tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan sebelum aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal 25 Mac ini.
Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Pegawai penyiasat menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) suapaya menyelesaikan masalah dengan segera.
Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa Zayn Rayyan tak mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dan memilih untuk dibicarakan.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

'Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai' - Ismail Sabri
Ismail Sabri menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga siasatan selesai.

Tuntutan Kumpulan Sulu: Malaysia lancar 'Malaysia-Sulucase.gov.my', dedah fakta sebenar
Laman web tersebut diwujudkan bagi membolehkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengetahui fakta sebenar kes tersebut.

Malaysia henti bayar wang serahan kepada waris Kesultanan Sulu sejak 2013
Malaysia sudah menghentikan pembayaran wang serahan berjumlah RM5,300 setahun melalui peguam yang mewakili sembilan waris Kesultanan Sulu sejak 2013 lagi.