TUMPAT: Waris Allahyarham Sakinah Mohd Nadzir, 29, seorang daripada mangsa yang maut akibat terkena renjatan elektrik, Isnin lepas, layak menerima pencen penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata pihaknya telah melakukan semakan dengan majikan Allahyarham iaitu pemilik Tadika Al-Munir dan mendapati Sakinah merupakan seorang pencarum Perkeso.
"Ibu bapa Allahyarham iaitu Mohd Nadzir Mohamed, 67, dan Zainun Sulaiman, 62, serta adik lelaki mangsa yang kini berumur 19 tahun akan menerima pencen penakat kira-kira RM332.50 secara bulanan.
"Ibu dan bapa Allahyarham akan dibayar seumur hidup manakala adik lelaki mangsa yang kini berumur 19 tahun dibayar hingga berumur 21 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Nora berkata Zainun dan Mohd Nadzir juga layak menerima Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM1,000 seorang.
Terdahulu, Nora menyerahkan cek bayaran Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 kepada Zainun dan Mohd Nadzir di kediaman keluarga itu di Kampung Bendang Surau, Morak, di sini.
Pada Isnin lepas, tiga beradik perempuan, Sakinah, Nor Syazwani Mohd Nadzir, 33, dan Noor Fathiah Mohd Nadzir, 27, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas seorang daripada mereka dikatakan memegang sebatang tiang di rumah jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Pada Rabu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi ibu bapa mangsa, Mohd Nadzir (dua, kiri) dan Zainun (kiri), di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, Tumpat. - Foto fail/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.