Bapa kepada salah seorang mangsa Penerbangan MAS MH370, Selamat Omar, 62, terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan penemuan 'flaperon' di Pulau Reunion, adalah milik pesawat malang itu.
Beliau berkata penemuan itu adalah di luar jangkaan kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas iaitu di Selatan Lautan Hindi lebih setahun lalu adalah terlalu jauh.
"Ini memang di luar jangkaan...sebab ia terlalu jauh dari lokasi sebenar pesawat itu dikatakan terhempas.
"Namun saya tetap menerima ini sebagai takdir...Usaha pencarian bukti-bukti lain akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama di kediamannya di Felda Bukit Mendi di sini awal Khamis.
Selamat adalah bapa kepada mangsa Khairul Amri Selamat, 29.
VIDEO: Sidang media pengumuman oleh Perdana Menteri
BACA: MAS harap lebih banyak objek akan ditemui
FOTO: Serpihan dari Pulau Reunion sah milik pesawat MH370
Selamat berkata dengan penemuan bukti terbaharu itu mungkin sedikit sebanyak memudahkan usaha pencarian bukti-bukti lain termasuk barangan peribadi milik mangsa.
"Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah, ia untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang masih berharap agar mayat atau jenazah mereka dijumpai," katanya.
Pesawat MAS Penerbangan MH370 yang membawa Mohd Khairul Amri bersama 226 penumpang lain bersama 12 anak kapal ke Beijing, China hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Maira Elizabeth Nari, 19, pula tidak dapat mengawal perasaan sedihnya apabila menerima berita pengesahan serpihan dari MH370.
"Buat masa sekarang tiada apa yang mampu saya katakan terhadap apa yang telah terjadi kepada bapa saya," katanya.
Maira Elizabeth merupakan anak sulung kepada ketua pramugara MH370 Andrew Nari.
Sementara itu, Azrai Izet, 39, suami kepada penumpang MH370 Fadzilah Abd Rahim, ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen.
Bernama
Wed Aug 05 2015

MAIRA: Tiada apa yang mampu saya katakan terhadap apa yang telah terjadi kepada bapa saya.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Siar karikatur tragedi MH370, majalah Perancis tidak beretika
Tindakan majalah Perancis itu menyiarkan karikatur mengenai tragedi itu dengan cara memalukan disifatkan sebagai "bodoh dan menjengkelkan'.

Waris mangsa penerbangan MH370 terkejut dengar pengumuman PM
Selamat Omar terkejut kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas tahun lepas adalah terlalu jauh.

MH370: Maira mimpi ayah pulang dalam keadaan kurus kering
Setengah tahun berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang di dalamnya.

"Saya mahu ayah pulang" pohon Maira
Cukup 100 hari kehilangan MH370, ditambah pula dengan sambutan Hari Bapa, Maira Elizabeth Nari hanya mempunyai satu doa dan harapan.

MH370: Kelab Liverpool, peminat beri kata-kata semangat kepada anak ketua pramugara
Anak kepada ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 kongsi bahawa beliau tidak pernah tinggal menyaksikan perlawanan bola melibatkan Liverpool.