KLANG: Waris kepada seorang penghantar makanan yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 11 Ogos lalu mendapat khabar gembira apabila menerima faedah di bawah dua skim daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Allahyarham Muhammad Nazirul Mubin Mat Nazir, 21, yang dalam perjalanan untuk membuat penghantaran makanan telah bertembung dengan sebuah lori di Shah Alam, Selangor dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.
Allahyarham bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang secara sepenuh masa dan bagi menambah pendapatan demi menanggung keluarga, Allahyarham bekerja sebagai penghantar makanan secara separuh masa.
Allahyarham juga merupakan pencarum Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menerusi SPS Lindung yang didaftarkan sejak 1 Julai 2021 oleh GrabFood.
Kejadian tersebut membolehkan warisnya untuk menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan (FOT), selain turut menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000.
Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso, Azhar Md Nazri berkata, waris yang akan menerima faedah tersebut ialah ibu bapa dan adik beradik di bawah 21 tahun.
"Ibu bapa akan mendapat Pencen Penakat dan FOT seumur hidup manakala adik-beradik sehingga berumur 21 tahun.
“Saya mengambil kesempatan ini menyeru mana-mana individu yang bekerja sendiri seperti penghantar makanan, penjaja, petani dan sebagainya supaya mencarum demi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial untuk diri dan juga insan tersayang yang bernaung dengan kita.
"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok kerana malang tidak berbau,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan Faedah Perkeso kepada waris di Klang, Selangor, di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi Perkeso, Ismail Abi Hashim berkata, pihaknya sentiasa bertindak segera apabila mendapat berita tentang kes-kes kemalangan dan kematian di seluruh negara daripada apa jua sumber.
“Dalam kes Allahyarham Nazirul ini, sebaik sahaja kami melihat berita kemalangan arwah di media sosial, kami terus memeriksa sama ada beliau pencarum Perkeso dan sebaik sahaja ia disahkan, pihak kami terus menguruskan bayaran faedah untuk waris yang ditinggalkan tanpa menunggu sebarang permohonan daripada pihak waris.
"Alhamdulillah, dalam masa tidak sampai seminggu, semua urusan pembayaran faedah telah dapat diterima oleh waris Allahyarham.
“Selain hanya menempatkan dan memanfaatkan para pegawai Skuad Prihatin di semua pejabat Perkeso di seluruh negara, kami juga menjalinkan rangkaian hubungan dengan ketua dan wakil masyarakat, pusat khidmat masyarakat dan mereka yang tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka agar dapat menjadi mata dan telinga kami supaya sebarang insiden kemalangan atau kematian dapat terus dimaklumkan kepada Perkeso. Jadi apabila kita buat perkara sebegini, ia memang amat membantu mangsa dan juga waris,” katanya.
Sementara itu, bapa waris, Mat Nazir Abu Hassan, 52, berkata, faedah yang diterima itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban untuk meneruskan kehidupan.
“Saya tahu dia mencarum sebab dia bekerja, cuma yang satu lagi (SKSPS, SPS Lindung) ini saya tidak tahu. Saya berterima kasih kepada Perkeso kerana banyak membantu meringankan keluarga saya dan adik-adiknya.
“Sebab kita mengharapkan dia (arwah) untuk membantu adik-adik dalam persekolahan dan Alhamdulillah kerana mencarum dengan Perkeso ini, ia sikit membantu,” ujarnya.
Ibu waris, Norlis Husin, 48, berkata, Allahyarham seorang anak yang baik dan sering memudahkan urusan keluarga selain meredai pemergian anak keempat daripada tujuh beradik itu.
SPS Lindung yang merupakan bantuan kerajaan di bawah Belanjawan 2021 menyediakan perlindungan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) selain turut menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional kepada OBS ditimpa musibah.
Pencen Penakat pula adalah Faedah Skim Keilatan di bawah Akta 4 yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans (OB) meninggal dunia di luar pekerjaan sebelum mencapai umur 60 tahun dan memenuhi syarat kelayakan caruman.
*Kandungan dalam artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Perkeso.
Ehsan A Marisah
Thu Aug 19 2021
Azhar Md Nazri (dua dari kiri) semasa menyampaikan cek faedah Perkeso kepada bapa waris, Mat Nazir Abu Hassan. - Gambar Perkeso
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.