Waris dan keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan antara beliau dengan kira-kira 40 waris di sebuah hotel di sini, hari ini.
Hamzah berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa berkenaan esok untuk diteliti dan kerajaan sedaya upaya akan cuba membantu mereka mengharungi waktu yang amat sukar ketika ini.
"Kami bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan apa yang saya katakan sebelum ini, perkara berhubung kepentingan mereka sentiasa dekat di hati kita.
"Kami memahami keperluan mendesak untuk mendapat maklumat bagi pihak keluarga dan mereka yang memerhati di seluruh dunia," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan waris penumpang MH370 di sini.
Pertemuan tertutup selama lebih dua jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Penerbangan MH370, Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Ketika ditanya pihak yang bertanggungjawab menyediakan bantuan kewangan, Hamzah yang juga Timbalan Menteri Luar berkata: "Ia akan datang daripada MAS dan juga daripada kerajaan, jika perlu.
Hamzah menegaskan bantuan itu bukan sahaja untuk waris keluarga dari Malaysia dan ia juga meliputi anggota keluarga dari China bagi membuktikan bahawa kerajaan Malaysia amat bertanggungjawab.
Hamzah berkata pengumuman mengenai pengesahan status penumpang pesawat MH370 hanya akan dibuat setelah mempunyai bukti yang disahkan oleh pakar bertanggungjawab bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.
"Kita tidak boleh berpanjangan macam ini, mesti ada garis waktu untuk buat kepastian. Kita akan putuskan dalam masa yang terdekat.
"Sebaik sahaja kami mahu membuat pengumuman sedemikian kami benar-benar mahu mengesahkan semula sesetengah isu, bukti tertentu dan perkara-perkara tertentu. Oleh itu, kami benar-benar perlu memahami keadaan," katanya.
Menjawab pertanyaan mengenai keluarga dari China yang enggan menerima penjelasan Malaysia, Hamzah berkata perkara itu tidak dapat dielak memandangkan insiden kehilangan MH370 turut menimbulkan pelbagai persoalan di seluruh dunia.
Katanya apa yang penting adalah Kuala Lumpur hanya membuat sesuatu sesuatu kenyataan atau penjelasan selepas maklumat yang diterima dianalisis oleh pakar.
"Kita semua kena faham ini memang susah untuk kita percaya kerana ini berlaku pertama kali di dunia," katanya.
Bagaimanapun, Hamzah menekankan adalah penting untuk kerajaan China membantu memberi penjelasan dan penerangan kepada rakyatnya memandangkan mereka lebih memahami kedudukan serta budaya masing-masing.
"Ini penting agar ia tidak menjadi masalah kepada hubungan baik antara Malaysia dengan China yang telah lama terjalin, maka segala salah faham mesti dijelaskan oleh kerajaan China kepada waris penumpang di sana," katanya.
Bernama
Sun Apr 20 2014

Datuk Hamzah Zainuddin

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.

Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.