IPOH: Pewartaan hutan batu kapur sebagai hutan simpan kekal atau kawasan perlindungan merupakan antara cara terbaik dalam memelihara serta mengekalkan kelestarian khazanah alam itu khususnya di kawasan Geopark Lembah Kinta.
Bekas Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak Mohamed Shah Redza Hussein berkata bagaimanapun perkara itu perlu dibincangkan dengan semua pihak berkepentingan kerana terdapat beberapa lokasi sekitar hutan batu kapur berkenaan telah dizonkan sebagai kawasan pengkuarian dan perlombongan.
"Pelan pengezonan ini telah dibuat sejak puluhan tahun lepas melalui perjanjian dan banyak konsesi telah diberi pajakan serta sewaan sebelum Geopark Lembah Kinta ini wujud.
"Kalau kerajaan menghentikan serta-merta aktiviti ini, maknanya perlu diberi pampasan kepada pihak konsesi. Jadi, sewajarnya pihak berkepentingan dan pihak konsesi sendiri bersama-sama memelihara kawasan ini dan pada masa sama mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Khazanah Batu Kapur: Mencari Keseimbangan Antara Kemampanan Ekonomi dan Konservasi di Masoorat Heritage Park di sini semalam.
Sebelum ini, Pegawai Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman mencadangkan supaya agensi berwajib menubuhkan sekurang-kurangnya satu petak contoh hutan batu kapur yang mempunyai status hutan simpan kekal bagi memastikan kawasan itu dipelihara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.
Selain itu, Mohamed Shah Redza berkata masyarakat terutama belia perlu diberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan kepentingan memelihara khazanah berkenaan yang menyimpan pelbagai sejarah tidak ternilai.
Sementara itu, Operator Masoorat Heritage Park Megat Mohd Shahrin Mohd Hamdan berkata forum berkenaan menghimpunkan lebih 70 belia terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut institusi awam.
Beliau berkata antara objektif utama ialah memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar mengetahui lebih luas berkaitan Gua Masoorat dan kepentingan untuk memelihara khazanah alam berkenaan.
"Pada program ini, mereka bukan sahaja dapat mengenali Gua Masoorat lebih dekat malah kita juga anjurkan pertandingan untuk mereka hasilkan video menarik berkaitan Gua Masoorat seterusnya sebarkan menerusi medium media sosial.
"Impaknya, ia sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dan peluang kepada orang ramai mengenali Gua Masoorat selain pada masa sama pelajar ini mendapat pengetahuan tentang segala yang terdapat di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Mohamed Shah Redza berkata masyarakat terutama belia perlu diberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan kepentingan memelihara hutan batu kapur yang menyimpan pelbagai sejarah tidak ternilai. - Foto BERNAMA
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Warta hutan batu kapur sebagai HSK cara terbaik kekal kelestarian
Beberapa lokasi sekitar hutan batu kapur Geopark Lembah Kinta telah dizonkan sebagai kawasan pengkuarian dan perlombongan.