KUALA LUMPUR: “Ekopelancongan negara mungkin akan pupus satu hari nanti.”
Itu amaran Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil kepada pihak berwajib sekiranya hutan habis digondol.
Dalam masa sama, beliau menggesa agar kerajaan mengenakan moratorium atau menghentikan aktiviti pembalakan buat sementara waktu.
Tegas Shariffa Sabrina, pada masa ini, hutan-hutan negara semakin mengecil atau pupus dan kerana itu moratorium ke atas aktiviti pembalakan sangat-sangat dituntut.
“Ini maknanya berhenti dulu… mungkin untuk 20 hingga 30 tahun, biar hutan kita hidup semula,” gesa Shariffa Sabrina.
Sehubungan itu, Shariffa Sabrina menegaskan, sudah tiba masanya kerajaan Persekutuan mewartakan Banjaran Titiwangsa sebagai kawasan simpanan kekal demi masa depan generasi yang akan datang.
Banjaran Titiwangsa, tegas Shariffa Sabrina, merupakan tulang belakang negara kita.
“Jika kita lihat sendiri keadaan Banjaran Titiwangsa dari sudut udara, kita naik kapal terbang dan tengok keadaan banjaran itu kebanyakan telah ditarah.
“Jadi itu yang selalunya memberi banyak bala bencana kerana sungai-sungai kita semua turun dari sana.
“Jika ia (Banjaran Titiwangsa) digazetkan, ia boleh menjadi satu tapak warisan dan Insya-Allah hutan-hutan kita ini masih boleh diselamatkan,” ujarnya dalam satu temubual eksklusif Sinar Harian bersama Tan Sri Johan Jaaffar pada Rabu.
BACA: Kerajaan Kelantan nafi pembalakan punca harimau berkeliaran di Gua Musang
BACA: PEKA gesa pinda Akta Perhutanan, letak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
Dalam perkembangan berkaitan, Shariffah Sabrina berkata, selagi sektor perhutanan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, selagi itu masalah pembalakan ini tidak akan selesai.
“Akta yang sekarang ada ini kena tukar, maknanya terpulang kepada Ahli Parlimen untuk tukar Akta Perhutanan kita kerana ia tidak pernah ditukar sejak 1984.
“Dan saya menyarankan agar perhutanan di bawah kerajaan Persekutuan, selagi kerajaan negeri berkuasa terhadap hasil tuan dan tanah selagi itu susah pada saya untuk menjaga hutan itu,” tegasnya lagi.
Tambah beliau, Malaysia harus mencontohi Thailand yang mengharamkan pembalakan komersial pada 1989 susulan bencana banjir yang mengorbankan lebih 350 orang.
“Ekopelancongan ini lebih kepada jangka masa panjang untuk kesejahteraan negara dan ia adalah salah satu faktor penyumbang ekonomi dalam jangka masa panjang.
“Namun, pembalakan ini pula untuk jangka masa pendek, ia memang cepat dapat hasil pendapatan namun dalam jangka masa panjang itu, ia banyak memberi kerosakan,” kata Shariffah Sabrina lagi.
Faris Danial Razi
Wed Jan 12 2022
![Wartakan Banjaran Titiwangsa sebagai kawasan simpanan kekal - Peka Wartakan Banjaran Titiwangsa sebagai kawasan simpanan kekal - Peka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631840825_TBGREENLUNGjpg.jpg)
Tegas Puan Sri Shariffa Sabrina, pada masa ini, hutan-hutan negara semakin mengecil atau pupus dan kerana itu moratorium ke atas aktiviti pembalakan sangat-sangat dituntut. - Gambar fail BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah 2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738742334_KhazanahNasional.jpg)
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
![Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737514102_vivyyusofsuamis.jpg)
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.
![Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683627571_AirAsiaX.jpg)
Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
![Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736520266_KYouth.jpg)
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
![KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.
![Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733199637_AnwarIbrahim.jpg)
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
![Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733118536_AmirHamzahAzizan.jpg)
Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.
![Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730962377_TBIvySofinas.jpg)
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
![Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731561049_AmirHamzahAzizan.jpg)
Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.
![Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731487561_VivyPengasasFashi.jpg)
Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini
Pasangan pengasas FashionValet yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah PNB menyambung memberikan keterangan hari ini.