IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memberi perkenan kepada pengamal media membacakan khutbah Jumaat merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap profesion kewartawanan di negara ini.
Ketua Biro Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad berkata, beliau menjunjung kasih atas perkenan baginda yang memberikan ruang dan kepercayaan kepada pengamal media di negeri ini.
"Sesungguhnya perkenan baginda ini pengiktirafan yang besar kepada pengamal media.
"Saya juga terharu kerana ini adalah pengalaman pertama seumur hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang lebih 15 tahun berada dalam profesion ini," katanya.
Anak kelahiran Bagan Datuk berusia 38 tahun itu antara tiga pengamal media yang mendapat perkenan Sultan Nazrin untuk membacakan khutbah bertajuk Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Jumaat.
Dua lagi ialah Editor, Rencana Agama dan Sastera Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob di Masjid Sultan Idris Shah II dan Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.
Perkenan itu sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan berlangsung di Ipoh pada Sabtu dan Ahad ini.
Saifullah yang pernah menerima Anugerah Pengamal Media sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun lalu berkata, penghargaan harus diberikan kepada seluruh petugas media yang menjadi barisan hadapan dalam menyampaikan berita sahih kepada masyarakat.
Katanya, atas rasa tanggungjawab, mereka sanggup berkorban tenaga, fikiran, masa dan harta benda demi memberikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
"Seperti mana terkandung di dalam teks khutbah, sebagai wartawan, adalah sangat penting sifat benar dan jujur diamalkan dalam menyampaikan berita mahu pun memberikan maklumat kepada masyarakat.
"Tanggungjawab sebagai penyampai berita ini harus dibuat secara bertanggungjawab berlandaskan nilai-nilai Islam agar pekerjaan yang dilakukan diterima sebagai ibadah dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT," katanya yang juga bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah.
Sementara itu, Mohd Nazmi, 45, berkata, khutbah berkisar peranan dan tanggungjawab kewartawanan penting kerana masyarakat ketika ini berada pada zaman yang disebut tidak stabil (volatility), tidak pasti (uncertainty), rumit (complexity) dan kabur (ambiguity) (VUCA).
Malah katanya, peranan wartawan yang bertanggungjawab menyampaikan berita secara benar dan jujur turut dicabar dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Wartawan terutama dalam konteks Islam bukan semata-mata mencari dan menyampaikan maklumat, tetapi menyaring, menimbang dan menghasilkan berita yang boleh membantu manusia membuat keputusan betul dan benar dalam hidup mereka.
"Betul dan benar ini tidak mungkin dapat disampaikan oleh proses teknologi digital dan AI, melainkan berkait dengan pandangan alam atau worldview wartawan berlandaskan Islam," katanya.
Mohd Fahmi, 30, pula, berharap kehadiran mereka di mimbar Jumaat dapat memberi kefahaman kepada orang ramai akan peranan dan cabaran dihadapi pengamal media.
Anak kelahiran Bota itu akui agak gementar untuk menerima tanggungjawab sebagai khatib, namun berbesar hati kerana dapat menyampaikan mesej penting kepada masyarakat.
"Peluang membaca khutbah ini tidak semua dapat dan bagi saya semestinya saya berbesar hati atas penghormatan ini.
"Perkenan baginda satu amanah yang kami pikul mewakili rakan-rakan wartawan seluruh negara," katanya.
Minggu lalu, bersempena sambutan Hari Belia Negara, Sultan Nazrin turut memberi perkenan kepada 24 pemimpin belia membaca khutbah di masjid-masjid daerah di seluruh negeri.
Pada 12 Mei, baginda turut memperkenan 14 pendidik untuk membaca khutbah sebagai mengiktiraf peranan golongan tersebut pada sambutan Hari Guru. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023
Saifullah membaca khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui Lintasan Rafah
Bermula Sabtu, Lintasan Rafah membenarkan rakyat Palestin keluar dari Gaza buat pertama kali dalam tempoh sembilan bulan.
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Hezbollah di Lubnan mengumumkan upacara pengebumian Hassan Nasrallah, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel. Ketegangan terus memuncak di selatan Lubnan.
Turki pertahan Palestin, temui pemimpin Hamas di Qatar
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, bertemu pemimpin Hamas di Qatar, membincangkan gencatan senjata dan sokongan kemanusiaan, serta menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Deklarasi wartawan bakal diumum pada Hawana 2022
Satu deklarasi bagi menyampaikan hasrat dan impian golongan wartawan berhubung masa depan negara akan diumumkan semasa penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka pada 29 Mei depan.
Akta Antiberita Tidak Benar digazet hari ini
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan hari ini.