KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius dan ada kalanya menyebabkan kehilangan nyawa.
Baru-baru ini, arena sukan tanah air digemparkan dengan kematian seorang peserta kejohanan triathlon di utara tanah air dengan mangsa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum meninggal dunia.
Mengulas senario itu, Pakar Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN) Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata kecederaan serius dialami individu boleh disebabkan kekurangan latihan, termasuk kemungkinan mengabaikan beberapa aspek keselamatan seperti aktiviti memanaskan badan (warming up) sebelum bersukan.
Beliau berkata selalunya golongan yang baru menceburi bidang sukan lebih berisiko terdedah dengan kecederaan berbanding atlet profesional atau mereka yang aktif bersukan.
"Wujud perbezaan latihan fisiologi antara mereka aktif bersukan dan baru nak bersukan. Golongan aktif bersukan ini, selalunya akan membuat warming up sebelum melakukan aktiviti berintensiti tinggi dan latihan. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, ia boleh membawa risiko kecederaan serius," katanya kepada Bernama.
Mengulas berhubung kematian mengejut ketika melakukan aktiviti bersukan, Dr Ahmad Munawwar berkata risiko itu tetap ada, namun ia jarang berlaku dan kebiasaannya terjadi kepada mereka yang terlibat dengan sukan berintensiti tinggi serta individu mempunyai sejarah masalah jantung.
"Orang selalu pelik, bagaimana mereka yang aktif bersukan boleh meninggal dunia ketika bersukan. Untuk kes seperti ini, kajian agak kurang tapi berisiko tinggi untuk mereka yang ada masalah jantung.
"Kita dapati punca kematian bagi dua kategori, lebih 35 tahun sebab atherosclerosis iaitu salur darah jantung tersumbat. Bagi bawah umur 30 tahun adalah disebabkan electrical sistem jantung dan struktur jantung ada masalah," katanya.
Di sebalik risiko berkenaan, beliau berkata aktiviti sukan dan bersenam penting untuk kesihatan individu, dan menyarankan agar bersenam selama 150 minit seminggu atau 30 minit untuk setiap lima hari seminggu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa berkata selain kekurangan latihan, sikap keghairahan individu ketika melakukan aktiviti juga boleh menyumbang kepada tercetusnya kemalangan atau kemudaratan terhadap mereka.
Beliau berkata perasaan yang terlalu ingin meraih kemenangan sehingga mengabaikan keselamatan, selain berdegil meneruskan cabaran demi mengejar mata atau melintasi garisan penamat bagi mendapatkan sekalung pingat atau wang ringgit walaupun badan sudah memberi petanda, turut menyumbang kepada kecederaan serius atau kematian.
"Kalau atlet profesional mereka tahu bila nak berhenti kerana mereka tahu acara itu takkan tamat di situ...banyak lagi kejohanan. Tetapi kalau atlet amatur ini, kepuasan mereka adalah bila dapat pingat, jersi dan duit.
"Jadi mereka ini akan beraksi lebih daripada had kemampuan walaupun badan sebenarnya dah tak mampu. Indikator had keupayaan berbeza bagi setiap individu namun simptom yang lazim berlaku antaranya seperti kekejangan otot dan pening kepala," katanya.
Pegawai Fisiologi ISN Chee Lee Ming pula berkata dengan kemajuan sains sukan ketika ini, isyarat keupayaan had badan seseorang itu dapat diukur dengan mudah menerusi pemakaian alat seperti smart watch ketika bersukan.
"Kini banyak teknologi boleh digunakan, satu daripadanya heart rate variability (HRV) yang boleh didapatkan menerusi aplikasi telefon pintar secara percuma atau berbayar. HRV ini adalah ukuran durasi masa antara jantung dan juga digunakan untuk ukur multiplying stress untuk sesuaikan badan dengan latihan dan aktiviti seharian.
"Ia juga boleh bantu seseorang untuk memeriksa sama ada badan mereka itu bersedia atau tidak untuk melakukan aktiviti sukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Aktiviti sukan dan bersenam penting untuk kesihatan, dan individu disarankan agar bersenam selama 150 minit seminggu atau 30 minit untuk setiap lima hari seminggu. - Gambar hiasan/Pexels
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
'Peguam rakyat' Ahmad Zaharil di ICU, anak rayu sokongan, doa
Anak kepada peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon doa orang ramai untuk kesihatan bapanya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.