Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) hari ini mengingatkan orang awam agar tidak mempercayai e-mel palsu yang menawarkan perkhidmatan menguruskan Wang Tak Dituntut (WTD).
JANM dalam satu kenyataan hari ini berkata, jabatan itu tidak pernah mengeluarkan e-mel kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat atau firma bagi menawarkan perkhidmatan menguruskan WTD.
"Jabatan ini amat kesal dengan penyamaran e-mel palsu yang menggunakan alamat e-mel [email protected] bagi menawarkan perkhidmatan tersebut kepada orang awam.
"JANM juga tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi tujuan menguruskan WTD bagi pihak empunya," jelas kenyataan itu.
Susulan daripada pengeluaran e-mel palsu itu, JANM telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017

Jabatan Akauntan Negara Malaysia juga tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi tujuan menguruskan Wang Tak Dituntut bagi pihak empunya. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.

Waspada e-mel palsu tawar khidmat urus wang tak dituntut
Jabatan Akauntan tidak pernah mengeluarkan e-mel kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat atau firma bagi menawarkan perkhidmatan menguruskan WTD.

Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal
Sindiket itu dikesan susulan kes seorang pemilik syarikat minyak kapal yang kerugian RM4.5 juta.