KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan helah dan penipuan yang memperdaya pengguna supaya menyerahkan maklumat peribadi seperti nama dan kata laluan akaun perbankan Internet.
MCMC dalam kenyataan di sini memaklumkan pihaknya telah mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan 'scammer' seperti penghantaran pesanan ringkas secara rambang kepada pengguna yang menyerupai pesanan bank.
"Pesanan ringkas SMS atau mana-mana aplikasi pesanan termasuk WhatsApp ini menyatakan telah berlakunya transaksi kewangan mencurigakan atau wujud keperluan untuk pengguna mengesahkan, mengemas kini atau mengaktifkan semula akaun perbankan Internet," menurut kenyataan itu.
Pengguna seterusnya diminta untuk melayari pautan laman sesawang palsu yang diberikan dan kemudian memasukkan nama dan kata laluan akaun perbankan Internet.
Kenyataan itu memaklumkan paparan di laman sesawang palsu itu akan kelihatan serupa dengan laman sesawang perbankan Internet sebenar namun alamat URL laman itu mempunyai perbezaan dan variasi dari segi nama, huruf serta ejaan.
Menurut MCMC lagi, modus operandi itu termasuk meminta pengguna menghubungi talian penting (hotline) palsu dan seterusnya pengguna akan berhubung dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa.
"Melalui interaksi ini, pengguna kemudian diminta melayari laman sesawang palsu dan perlu memasukkan nama pengguna serta kata laluan akaun perbankan Internet atau diminta memuat turun dan memasang aplikasi palsu dalam bentuk fail 'APK', yang memerlukan mereka memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan Internet," jelas MCMC.
MCMC memaklumkan helah serta modus operandi itu turut digunakan untuk memperdaya dan memperoleh nombor Transaction Authorization Code (TAC) atau One-Time PIN (OTP) daripada pengguna.
Sehubungan itu MCMC mengingatkan pengguna agar berwaspada apabila menerima pesanan ringkas menyerupai pesanan bank dan tidak memberikan maklumat perbankan di mana-mana laman sesawang dengan alamat URL yang mempunyai perbezaan berbanding laman perbankan Internet sebenar.
Pengguna juga diingatkan tidak sewenang-wenangnya menghubungi apa-apa nombor telefon atau hotline yang didakwa milik pihak bank tanpa melakukan semakan dan tidak menyerahkan nama pengguna dan kata laluan perbankan Internet termasuk nombor TAC / OTP kepada mana-mana pihak.
"Segera rujuk atau laporkan kepada pihak bank masing-masing jika menerima apa-apa komunikasi yang mencurigakan atau apabila menyedari diri telah diperdaya untuk memberikan maklumat perbankan Internet kepada pihak yang tidak sepatutnya," menurut kenyataan itu.
Pengguna boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan berhubung perkara itu kepada 'PDRM CCID Scam Response Centre' di talian 03-26101559 dan 03-26101599, atau MCMC melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my, e-mel [email protected] dan WhatsApp 016 - 220 6262.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021

MCMC memaklumkan helah serta modus operandi itu turut digunakan untuk memperdaya dan memperoleh nombor Transaction Authorization Code (TAC) atau One-Time PIN (OTP) daripada pengguna.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.

Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.

Kewajipan lesen kawal selia internet dan media sosial bukan untuk orang awam
Ia terpakai kepada penyedia perkhidmatan dengan lebih 8 juta pengguna di Malaysia, seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan WhatsApp.
![[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM [KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732850991_KhaledNordinFahmi.jpg)
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.

CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua
Mereka percaya telah mempersembahkan cadangan teknikal dan komersial yang terbaik untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.

Larangan terhadap kandungan pautan, maklumat peribadi, nombor telefon melalui SMS dikuatkuasakan - SKMM
Kandungan yang terlarang meliputi pautan, permintaan maklumat peribadi dan juga nombor telefon untuk dihubungi.

Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.

Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.

Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.

CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan
Ia selari dengan misi CMCF untuk menyokong pengawalseliaan kendiri kandungan dalam ruang digital Malaysia seperti yang digariskan dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022.