Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai dengan penuh berwaspada apa jua maklumat yang diterima dan disebarkan melalui pelbagai medium media sosial.
Beliau berkata pembangunan teknologi masa kini membolehkan penyebaran maklumat menjadi lebih pantas dan tiada batasan.
"Ada sebilangan masyarakat yang terpengaruh dan percaya dengan penyebaran maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya," katanya kepada pemimpin Komuniti 1Malaysia (K1M) Labuan dalam majlis ramah mesra di sini Jumaat.
Salleh berkata berikutan kekukuhan asas ekonomi negara menyebabkan ada pihak yang berkepentingan cuba mengganggu-gugat kestabilannya dengan menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Katanya arahan telah dikeluarkan kepada agensi di bawah KKMM untuk berperanan lebih berkesan dalam memberi penjelasan kepada masyarakat tentang dasar kerajaan.
"Sebaiknya, pembangunan dan kecanggihan teknologi dalam penyebaran maklumat melalui internet digunakan untuk menjana pendapatan, meningkatkan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan seperti mana diamalkan di negara lain, dan bukannya untuk kejahatan," katanya.
Salleh berkata adalah penting untuk masyarakat kini beralih arah kepada ekonomi digital melalui aplikasi teknologi maklumat yang terbukti boleh membantu meningkatkan ekonomi.
Sementara itu, beliau berkata kementeriannya kini memberi penekanan dan penumpuan kepada prasarana untuk penembusan dan kelajuan liputan internet.
Katanya kerajaan kini berusaha untuk memastikan kemudahan akses internet dipertingkatkan untuk dinikmati oleh masyarakat luar bandar.
"Beberapa perkara yang menjadi perhatian kementerian, bukan sahaja penekanan kepada kelajuan tetapi juga kemampuan masyarakat. Selain itu kita juga memberi perhatian kepada liputan, ini kerana Malaysia adalah negara yang luas.
"Kita tidak mahu kemudahan internet ini hanya dinikmati di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang tetapi kita juga mahu memastikan masyarakat di pulau-pulau di Sabah turut menikmatinya," katanya.
Bernama
Fri Oct 16 2015

Salleh mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai apa jua maklumat yang diterima dan disebarkan melalui pelbagai medium media sosial. -Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Ada sebab kenapa Klinik 1Malaysia ditutup - Menteri jawab bekas PM
Setiap K1M yang dipilih untuk ditutup akan turut dinilai secara eksklusif bagi memastikan keputusan bagi penutupan adalah benar-benar wajar.

Belum muktamad tutup Klinik 1Malaysia - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum memuktamad dan mengeluarkan arahan menutup Klinik 1Malaysia yang telah dikenal pasti.

Waspada penyebaran maklumat di media sosial - Salleh
Salleh mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai dengan penuh berwaspada apa jua maklumat yang diterima dan disebarkan melalui pelbagai medium media sosial.