Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu dengan menggunakan nama dan logo LHDN.
LHDN dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa surat palsu itu mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDN.
Menurut LHDN orang ramai boleh mengenalpasti surat palsu itu dengan mudah kerana perihal SST adalah dikendalikan oleh agensi lain dan bukannya di bawah LHDN.
"LHDN memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDNM terlebih dahulu.
"Sebarang bayaran cukai juga hendaklah dibuat terus ke akaun LHDN dan bukannya melalui akaun peribadi individu mahupun pihak ketiga," menurut kenyataan itu.
Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai juga boleh melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my dan pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara) dan media sosial rasmi LHDN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020

LHDN menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak SST.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Waspada sindiket penipuan bayaran cukai - LHDN
LHDN menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak SST.