SEMALAM watak Mickey Mouse yang dipaparkan dalam animasi Steamboat Willie dari tahun 1928 secara rasminya memasuki domain awam.
Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menggunakan rekaan Mickey Mouse daripada animasi ini tanpa perlu membayar royalti kepada Disney. Ini kerana menurut undang-undang harta intelek Amerika Syarikat, sebarang media yang berusia 95 tahun akan secara automatik memasuki domain awan.
Pada asalnya hak Disney ke atas rekaan watak Steamboat Willie sepatutnya luput pada tahun 1998 tetapi selepas Akta Hak Cipta 1976 dipinda, hak cipta penulis dipanjang ke 70 tahun dan hak cipta untuk syarikat pula dipanjangkan ke 95 tahun.
Walaupun rekaan Mickey Mouse dari animasi Steamboat Willie kini memasuki domain awam, orang ramai tidak dibenarkan menggunakan nama dan gaya suara Mickey Mouse dalam karya yang mereka hasilkan.
Disney memegang tanda dagang untuk nama tersebut. Orang ramai juga tidak boleh menghasilkan kandungan yang kemudian dikaitkan pula dengan Disney. Rekaan Mickey berwarna yang digunakan oleh Disney pada taman tema dan pelbagai produk juga tidak memasuki domain awam. - Amanz
Amanz
Tue Jan 02 2024

Sesiapa sahaja boleh menggunakan rekaan Mickey Mouse daripada animasi Steamboat Willie tanpa perlu membayar royalti kepada Disney. - Gambar/ Amanz

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse
Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun sepertimana mengikut undang-undang di AS.

Watak Mickey Mouse memasuki domain awam
SEMALAM watak Mickey Mouse yang dipaparkan dalam animasi Steamboat Willie dari tahun 1928 secara rasminya memasuki domain awam.

Pemilik suara Minnie Mouse meninggal dunia
Russi Taylor yang membawa suara Minnie Mouse selama lebih 30 tahun, meninggal dunia di Glendale California pada Jumaat.

Mickey, Minnie Mouse serta Robocar Poli ceriakan hari pertama persekolahan
Ketiga-tiga watak kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak itu membuat kemunculan luar duga di dewan sekolah ketika murid-murid sedang berhimpun.

Poster vintaj Mickey Mouse dilelong dengan bidaan bermula RM130,000
Bagi peminat kartun popular Mickey Mouse, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki poster vintaj yang dihasilkan sejak tahun 1930.

Sorok dadah dalam patung Mickey Mouse
Patung berkenaan ditemui di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.