Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy hari ini menuntut permohonan maaf daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ekoran kenyataan beliau mempertahankan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman pada Ahad.
Waythamoorthy berkata Tengku Adnan tidak ada urusan dalam mentafsir sama ada tempat itu adalah sebuah kuil atau hanya tempat pemujaan.
“Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai amalan dan kepercayaan orang-orang Hindu, jadi, beliau tidak mempunyai urusan untuk mengeluarkan kenyataan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Hindu.
“Sebagai seorang Menteri Persekutuan, beliau perlu menghormati perasaan dan sensitiviti penganut Hindu dan bukannya mewajarkan tindakan tidak berhati perut oleh DBKL.
“Menteri Wilayah Persekutuan perlu meminta maaf kepada masyarakat Hindu kerana merobohkan kuil berusia 101 itu, seminggu selepas Deepavali dan untuk campur tangan dalam hal ehwal Hindu,” kata Waythamoorthy dalam satu kenyataan media.
Waythamoorthy turut berkata beliau dapati DBKL Tengku Adnan telah mengeluarkan lebih daripada 20 pesanan perobohan lain.
“Hindraf menyertai Barisan Nasional dengan harapan bahawa kerajaan akan tepati janji-janji mereka. Perdana Menteri sendiri semasa majlis menandatangani perjanjian itu secara terbuka memohon maaf kepada masyarakat India untuk kesilapan lalu dan berjanji akan bekerja rapat dengan Hindraf untuk mencari penyelesaian muktamad dan menyeluruh kepada masalah-masalah lama yang dihadapi oleh masyarakat India,” katanya.
Berikutan kejadian meroboh membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil tersebut, Tengku Adnan telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesebuah kuil harus dibina berdekatan dengan sumber air seperti sungai, dibina menghadap timur dan kubah di atas bumbung mesti diletakkan secara langsung di atas patung dewa itu.
Beliau juga telah berkata bahawa DBKL hanya menjalankan tugas mencantikkan kawasan itu bagi menarik pelancong selain memastikan tiada aktiviti haram dijalankan di kawasan berkenaan.
Beliau juga menggelar tempat itu hanya sebagai "tempat pemujaan" dan bukannya kuil.
"Saya tak akan lakukan perkara yang sentuh perasaan, terserah kepada mereka. Saya tahu apa yang berlaku (dan) kita cuma nak pastikan tempat ini tidak diambil kesempatan untuk benda selain agama. Kita ada perintah mahkamah,” katanya.
Beliau berkata, seorang sami tempatan yang diarah untuk memantau keadaan di kuil itu memaklumkan kepadanya mengenai penyalahgunaan kuil itu.
“Kita selalu melakukan pemantauan kerana tidak mahu ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas rumah ibadat, tidak kira surau, gereja atau kuil.
"Semasa sami itu berada di kuil tersebut, dia sendiri pun terkejut apabila melihat botol arak dalam tandas dan minta saya untuk terus roboh kuil itu. Jadi cuba anda fikir di kuil ada botol arak apa yang patut saya buat," katanya.
T K Letchumy Tamboo
Tue Nov 12 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Waythamoorthy desak Tengku Adnan minta maaf
P.Waythamoorthy menuntut permohonan maaf daripada Tengku Adnan Mansor ekoran kenyataan beliau mempertahankan tindakan DBKL merobohkan Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman.