BAYAN BARU: Berbilion jaringan dalam talian antara individu, perniagaan, maklumat, data, infrastruktur, peranti dan proses kini memacu inovasi dan mengubah segala-galanya.
Susulan itu, antara persoalan yang timbul ketika ini termasuk, adakah perniagaan anda semakin berkembang atau berada pada kadar yang sama?
Adakah anda menukar strategi dan mengukur kesan persaingan anda dengan baik?
Landskap yang berubah ini adalah peluang besar dalam menjadikan ekonomi digital relevan kepada anda, sekali gus menjadikan anda relevan kepada dunia.
Ini antara persoalan yang bakal terjawab dalam Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2022 yang membuka tirai selama tiga hari bermula hari ini sehingga 15 September depan.
Dengan populasi 655 juta penduduk di Asia Tenggara, WCIT 2022 menyasarkan untuk menyambung dan memperkasakan jaringan serta kerjasama transformasi melalui ekonomi digital.
Google mengunjurkan pertumbuhan Asia Tenggara akan meningkat tiga kali ganda kepada USD240 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang hasil daripada penggunaan teknologi, inovasi digital dan pelaburan asing.
Justeru, WCIT 2022 yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini bakal menjadi pintu masuk transformasi ke Asia Tenggara yang menjadi peluang besar pembangunan masa hadapan.
Dianggap sebagai ‘temasya Olimpik’ bagi penggiat industri teknologi dan inovasi, lebih 4,000 delegasi dari lebih 80 negara telah mengesahkan kehadiran pada program tiga hari ini.
Pada majlis ini, lebih 10 ucaptama khas bakal berlangsung dengan disulami beberapa siri pleno menerusi penglibatan lebih 200 jurucakap.
Antara topik yang bakal mendominasi pertemuan pemain industri peringkat antarabangsa ini termasuk teknologi angkasa, perkhidmatan perniagaan global, pendidikan, unicorn Asia Tenggara dan bandar pintar.
Antara lain termasuk Metaverse, pembangunan ekonomi inklusif, keselamatan siber, kesihatan, 5G, NFT dan kelestarian.
Astro AWANI akan membawakan laporan komprehensif sepanjang persidangan antarabangsa ini berlangsung menerusi pelbagai platformnya.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Sep 12 2022
Dianggap sebagai temasya Olimpik bagi penggiat industri teknologi dan inovasi, lebih 4,000 delegasi dari lebih 80 negara telah mengesahkan kehadiran pada program tiga hari ini. - Foto WCIT 2022
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Di mana kedudukan Malaysia dalam dunia Web3?
Memandangkan kesemua teknologi ini masih 'muda' dan 'kelabu' dari pelbagai segi, potensi yang ada pada Malaysia cukup besar untuk menjadi kuasa besar teknologi di rantau ini.
WCIT 2022 menutup tirai, raih RM46 bilion pelaburan
Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) 2022 yang menutup tirai pada Khamis telah berjaya menarik pelaburan bernilai lebih RM46 bilion.
WCIT 2022: Teknologi angkasa berpotensi besar, cecah AS$4 trilion menjelang 2040
Bagaimanapun, pembangunan industri teknologi angkasa di negara ini perlu menggunakan acuan sendiri.
WCIT 2022: Angkasa-X, USM, Sputnix jalin kerjasama, pacu industri aeroangkasa
Menurut Pengarah Eksekutif Angkasa-X, William Lim kerjasama itu merupakan usaha untuk melahirkan lebih ramai jurutera satelit menjelang tahun hadapan.
DE Rantau: Ketepi birokrasi, jadikan Malaysia destinasi pilihan nomad digital
Segala birokrasi tersebut hanya menyebabkan Malaysia ketinggalan dan tidak menjadi pilihan kepada golongan tersebut.
Inisiatif Malaysia Digital raih RM42 bilion FDI dalam 2 bulan - PM
Pencapaian itu meletakkan Malaysia di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang 2025.
WCIT 2022 buka tirai, jadi 'temasya Olimpik' penggiat industri teknologi, inovasi
Lebih 10 ucaptama khas bakal berlangsung dengan disulami beberapa siri pleno menerusi penglibatan lebih 200 jurucakap.