GAZA: World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Sebelum menghentikan operasi, WCK telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di Gaza sejak Oktober, mewakili 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa.
Badan amal itu berkata, ia mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan sedia untuk memasuki Gaza melalui Rafah dan juga akan menghantar trak ke Gaza dari Jordan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCK, Erin Gore, keadaan kemanusiaan di Gaza kekal kritikal dan pihaknya akan memulakan semula operasi dengan tenaga, maruah dan tumpuan untuk memberi makan kepada orang ramai.
Kematian pada 1 April mencetuskan kecaman meluas dan tuntutan daripada sekutu Israel, termasuk Amerika Syarikat untuk mendapatkan penjelasan.
Israel berkata siasatannya mendapati kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh tenteranya serta memecat dua pegawai kanan dan menegur komander kanan.
Astro Awani
Mon Apr 29 2024

WCK mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan sedia untuk memasuki Gaza melalui Rafah.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

WCK kembali operasi di Gaza
WCK pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.

WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.

WCK mahu siasatan bebas terhadap serangan Israel ke atas petugas kemanusiaan
The World Central Kitchen (WCK) pada Khamis meminta supaya satu siasatan bebas diadakan terhadap serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan pertubuhan itu.

MSF tolak alasan Israel terhadap serangan pekerja WCK
Pembunuhan pekerja WCK menunjukkan bahawa langkah untuk meredakan konflik adalah sia-sia "dalam peperangan yang berlaku tanpa peraturan".

Israel lengkapkan siasatan serangan ke atas petugas WCK
Israel pada Khamis akui akan mengubah strategi perang selepas insiden serangan ke atas petugas WCK yang disifatkan sebagai kesilapan besar.

PBB henti sementara bantuan kemanusiaan Gaza pada waktu malam
Ia untuk menilai isu keselamatan berikutan pembunuhan kakitangan badan amal makanan World Central Kitchen (WCK).

UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.

White House berang dengan serangan ke atas pekerja bantuan WCK
John Kirby memaklumkan Washington mengecam serangan tersebut dan Israel perlu bertanggungjawab.

PBB kecam serangan Israel ke atas pekerja bantuan WCK
Insiden itu memberi mesej jelas, perlunya gencatan senjata dikuatkuasakan segera di Gaza, tegas Antonio Guterres.