Menurutnya, pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
"Kita pastikan pegawai telah melalui kursus bagi membuat penaksiran cukai yang betul," katanya dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Beliau menjelaskan, proses klasifikasi barangan adalah kompleks kerana setiap produk mempunyai kod tersendiri yang ditetapkan oleh WCO.
Katanya, pegawai bertanggungjawab memahami kod ini bagi menentukan kadar cukai yang tepat mengikut ketetapan negara.
Selain klasifikasi, penilaian harga barangan turut ditentukan berdasarkan kaedah yang digariskan oleh WCO sebelum cukai dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
"Harga itu pun telah ditetapkan oleh WCO. Kemudian, negara kita menetapkan cukai bagi barang tersebut," jelasnya.