KUANTAN:Permohonan daripada individu yang mendakwa "weekend husband" (suami hujung minggu) untuk perjalanan rentas negeri ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah antara yang ditolak oleh polis di sini sejak kawasan terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata bagi tempoh itu hingga sekarang, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan rentas negeri daripada mereka yang menetap di daerah ini dengan 830 diluluskan.
"Kira-kira 300 ke 350 permohonan pula ditolak kerana alasan yang diberikan tidak cukup kuat atau tiada dokumen sokongan. Sebagai contoh, ada yang memberikan alasan dirinya adalah weekend husband (suami hujung minggu) dengan keluarga berada di kawasan yang diwartakan PKPB.
"Bila ditolak, ada yang mengatakan polis tidak prihatin sedangkan kita minta mereka yang tidak perlu melakukan perjalanan duduk di rumah daripada masuk ke kawasan PKPB yang boleh merisikokan diri mereka atas sebab keprihatinan polis," katanya pada sidang media selepas melakukan Program Ziarah Prihatin dan Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di sekitar daerah ini hari ini.
Sementara itu, Mohamad Noor berkata setakat hari ini, dua pegawainya serta seorang koperal sedang menjalani kuarantin kendiri sejak enam hari lepas.
"Dua pegawai terlibat baru pulang daripada kursus di Kuala Lumpur yang mana seorang pengajar mempunyai gejala dan ujian saringan selepas itu didapati positif COVID-19 menyebabkan kita mengarahkan mereka (pegawai terbabit) bersama keluarga menjalani kuarantin kendiri.
"Koperal lelaki yang masih bujang itu pula diarahkan menjalani kuarantin kendiri kerana tidak sihat selepas selesai menjalani tempoh kuarantin 14 hari di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur selepas pulang daripada bertugas di Sabah baru-baru ini," katanya, menambah ketiga-tiga mereka sedang menunggu keputusan ujian saringan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 20 2020

Permohonan daripada individu yang mendakwa "weekend husband" untuk perjalanan rentas negeri adalah antara yang ditolak oleh polis. - Gambar fail/BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

'Weekend husband' antara permohonan rentas negeri ditolak
Permohonan daripada individu yang mendakwa "weekend husband" untuk perjalanan rentas negeri adalah antara yang ditolak oleh polis sejak kawasan terbabit dikenakan PKPB bermula 14 Okt lepas.