KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus seperti yang dikeluarkan Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) bagi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Labuan dan Sabah.
Presidennya Adnan Mat berkata langkah Bekerja Dari Rumah (BDR) boleh dilakukan secara penggiliran atau sepenuh masa dengan menetapkan kakitangan pengurusan dan pentadbiran yang tidak perlu bekerja di pejabat atau lapangan agar tidak mendatangkan kesukaran kepada kakitangan lain.
"Kakitangan yang diutamakan dijadualkan untuk BDR adalah kakitangan yang memerlukan seperti mempunyai anak kecil, pasangan bertugas sebagai petugas barisan hadapan atau pasangan yang bekerja di sektor swasta dan perlu bertugas sepanjang tempoh PKPB berlangsung," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: PKPB: 10 peratus pekerja pengurusan, penyeliaan dibenarkan di pejabat
BACA: Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Adnan berkata, penyusunan tugas berdasarkan kumpulan yang akan BDR atau bekerja di lapangan perlu dibuat oleh ketua jabatan untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas sepanjang tempoh PKPB ini.
Beliau berharap pelaksanaan langkah itu diikuti oleh semua ketua jabatan di peringkat perkhidmatan kerajaan peringkat negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan mengikut langkah yang sama.
Menurut Adnan, kebanyakan kakitangan awam tidak mempunyai masalah untuk BDR memandangkan perkara ini telah dilaksanakan pada Mac lalu dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan ia terbukti berkesan.
Beliau yakin pelaksanaan BDR tidak akan menjejaskan perkhidmatan atau penyampaian jabatan dan agensi kerajaan kepada rakyat selain mampu mengurangkan sehingga 70 peratus kakitangan di lapangan atau pejabat.
Dalam pada itu, Adnan turut menasihatkan masyarakat supaya bijak menyusun rancangan mereka untuk melaksanakan urusan di pejabat kerajaan bagi mengelakkan kesesakan berlaku memandangkan perkhidmatan penting masih dibenarkan beroperasi.
Menurutnya, perkhidmatan awam kini memberi keutamaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan berharap dapat bersama-sama membantu membangunkan semula ekonomi negara selain memutuskan rantaian penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 21 2020

Adnan berkata ia oleh dilakukan secara penggiliran atau sepenuh masa dengan menetapkan kakitangan pengurusan dan pentadbiran yang tidak perlu bekerja di pejabat atau lapangan agar tidak mendatangkan kesukaran kepada kakitangan lain. - Gambar hiasan

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka sistem kerja hibrid
Sektor swasta di Malaysia harus menjadi peneraju dalam melaksanakan perubahan hala tuju budaya kerja hari ini.

Pekerja Malaysia lebih gembira bekerja secara hibrid - Kajian Cisco
Hanya satu daripada lima atau 20 peratus pekerja Malaysia berpendapat bahawa syarikat mereka sangat bersedia untuk bekerja secara hibrid di masa depan.

Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.

Majikan wajar pertimbang potong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah- MEF
MEF melihat kewajaran majikan memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah.

Hadiah 'housewarming' yang anda juga ingin miliki!
Bagi artikel kali ini, kami ingin bawakan beberapa cadangan untuk anda pertimbangkan ketika menerima kod QR jemputan housewarming daripada rakan baik atau ahli keluarga terdekat.

8 peralatan yang memudahkan urusan anda di dapur
Artikel kali ini kami akan cadangkan kepada anda, lapan peralatan yang bukan sahaja mempunyai kemasan yang baik tetapi juga rekaan 'functional' dalam memudahkan urusan anda di dapur.

Perkara anda perlu konsisten lakukan walaupun ketika 'lockdown'
Kami yakin ramai antara kita sudah terbiasa dan serasi dengan rutin untuk terus berada di rumah dan mencipta keseronokan dalam ruang anda sendiri.

Bekerja dari rumah: Sisi negatif mula kelihatan
Antara aduan diterima ialah pekerja terpaksa korban masa peribadi dan majikan yang terlalu mendesak.

PKP pengaruhi kesihatan mental pekerja dan majikan yang bekerja dari rumah
Tan Sri Lam Thye Lee berkata, isu majikan dan pekerja ini tidak harus dipandang remeh kerana ia melibatkan kualiti serta prestasi kerja individu.

Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".